Pochettino: “Saya Dah Cakap Dengan Messi, Dia Dikeluarkan Kerana Takut Dia Cedera”

Pengurus Saint-Germain, Mauricio Pochettino telah mendedahkan apa yang diberitahu oleh Lionel Messi kepadanya setelah penyerang legenda itu digantikan semasa kemenangan kelab ke atas Lyon.

PSG dalam kedudukan untuk mencari kemenangan ketika Messi dikeluarkan. Di mana Lyon terlebih dahulu skor dan dibalas oleh Neymar.

Lionel Messi dilihat menunjukkan reaksi tidak gembira dan dia tidak bersalaman dengan pengurus itu.

Bekas pemain Barcelona yang ikonik itu memulakan perlawanan Ligue 1 untuk pertama kalinya, sebelum ini hanya muncul sebagai pemain gantian dari bangku simpanan.

Messi bergandingan dengan Neymar dan Kylian Mbappe. Messi gagal menjaringkan gol walaupun memiliki beberapa peluang terbaik.

Mauro Icardi menjadi penjaring gol kemenangan lewat untuk PSG.

Selepas tamat perlawanan, Pochettino menjelaskan tentang pertukaran dan insiden dengan Messi.

Pochettino menegaskan bahawa Messi baik baik sahaja dengan keputusan pengurus mengeluarkannya walaupun dia tidak menolak kemungkinan Messi tidak gembira dikeluarkan kerana masih terus mahu bermain.

Namun pengendali dari Argentina itu terpaksa mengeluarkan Messi kerana mahu melindungi pemain itu daripada kecederaan.

Messi dilihat berdepan dengan beberapa siri bentesan daripada lawan. Lalu Pochettino memutuskan agar pemain itu dikeluarkan awal. Sebab selepas ini PSG akan berdepan dengan banyak perlawanan penting lagi.

“Saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan Leo untuk melindunginya dari kemungkinan cedera. Kami mempunyai beberapa perlawananpenting yang akan datang dan kami ingin melindunginya, ”kata Pochettino.

“Ini adalah keputusan yang kami buat untuk kebaikan pasukan. Semua orang tahu bahawa kita mempunyai ramai pemain hebat.”

“Kami mempunyai skuad 35 pemain yang sangat besar. Maka kita harus membuat pilihan. Dengan 11 orang yang mesti memulakan dan kemudian kita harus membuat keputusan semasa pelawanan.”

“Kadang-kadang pilihan ini membuahkan hasil dan kadangkala tidak. Tetapi itulah sebabnya kami berdiri di hadapan bangku simpanan memikirkan apa yang harus dilakukan. Dan keputusan yang harus anda buat, sama ada semuanya berjalan lancar atau tidak. Sama ada anda suka atau tidak.”

Pengurus PSG itu seterusnya mengesahkan bahawa Messi sudah bercakap dengannya tentang keputusan itu dan pemain itu menerimanya.

“Selepas itu, Messi memberitahu saya bahawa dia baik baik dengan keputusan itu.”