Pochettino: “Tak Susah Pun Jadi Pengurus Chelsea”

Mauricio Pochettino menyatakan bahawa menggalas tugasan sebagai pengurus Chelsea tidaklah sukar seperti mana menjadi pengurus kelab lain.

Pochettino dilantik menjadi pengurus Chelsea bermula musim ini. Selepas Graham Potter gagal membawa Chelsea sebagai pencabar kejuaraan musim lalu.

Pochettino merupakan pengurus yang sangat diinginkan di pasaran perpindahan lalu. Akhirnya dia memilih Chelsea selepas dia gagal berkarier lebih lama di PSG.

Sebelum ini Pochettino pernah menjadi pengurus kelab seperti Southampton, Spurs dan PSG. Dan dia menganggap tugasan mengendalikan 2 lagi kelab Inggeris iaitu Southampton dan Spurs sebagai lebih sukar.

Chelsea berjaya melepasi cabaran Brighton dalam aksi Piala Carabao. Dan Pochettino sekali lagi menegaskan bahawa pasukannya sudah menemui rentak permainan mereka cuma masalah mereka adalah gol.

Pochettino sebelum ini menyatakan bahawa, pengurusan tertinggi Chelsea tidak pernah berbelah bagi dalam menyokongnya. Kerana mereka nampak dah corak permainan pasukan itu yang berubah dan bermain lebih baik.

Namun isu yang seringkali membelenggu mereka adalah penyudah.

Chelsea sebelum ini sudah 3 perlawanan tanpa sebarang gol walaupun banyak mencipta peluang dan bermain dengan baik. Pochettino bercakap kepada wartawan selepas kemenangan ke atas Brighton: “Ianya tidak sesukar tugasan di Southampton atau Tottenham, percaya pada saya, yakin pada saya.”

“Perkara yang kami masih hilang ketika ini hanyalah menjaringkan gol.”

Pochettino juga menjawab perbandingan dia dan Tuchel di Chelsea. Dia berkata: “Tuchel ada projek yang lain. Saya pula ada projek yang lain. Tuchel tiba di sini ketika projek kelab sudah dibina. Saya pula tiba ketika kelab menukar haluan falsafah mereka. Dan saya mempersiapkan sesuatu untuk masa depan.”