Pochettino Tibai Neville Pula: “Dia Manchester United, Dia Koyak Sebab Liverpool Menang”

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino telah membalas kritikan pedas Gary Neville yang secara terbuka dalam ulasannya menyebut Chelsea sebagai “blue billion-pound bottlers”.

Chelsea kalah 0-1 di tangan Liverpool dalam aksi Piala Carabao. Walaupun Klopp terpaksa menggunakan beberapa pemain pembangunan kerana senarai kecederaan yang sangat panjang.

Pochettino dalam sidang medianya, akui sudah fed up atau bosan dan menyampah mendengar pengulas dan pundit yang berterusan menyebut angka £1 billion yang dibelanjakan Chelsea dalam 3 jendela perpindahan pertama Todd Boehly sebagai pengurus.

Pochettino dengan nada sinis menyatakan, Neville sebenarnya marah sebab Liverpool menang, itu sahaja.

Pochettino tidak nampak apa alasan lain untuk Neville beriya mengecam Chelsea sedangkan mereka bermain lebih baik daripada Liverpool dalam aksi final itu.

Klopp sendiri mengakui bahawa Chelsea bermain sangat baik pada final. Jarang ada pasukan yang bermain sebaik Chelsea untuk aksi final pertandingan piala.

Pochettino lantas berpendapat, satu satunya alasan paling logik adalah, Neville tak suka Liverpool menang. Dan dia melampiaskan kemarahannya kepada Chelsea.

“Dia Manchester United dan dia mahu Liverpool kalah. Itu ada sikit la dalam perkara itu.

“Saya tak perlu cakap lebih lebih tentang perkara yang dia sebutkan itu.

“Saya dah cakap kan sebelum ni, sebelum kamu koyak dengan sesuatu perkara kamu kena tahu sama ada ianya betul atau tak.

“Namun saya rasa dia kecewa kerana dia tak puas hati dengan keputusan [memihak Liverpool],” tegas Pochettino.

Dia menambah: “Masalahnya sekarang ini, ianya menjadi sangat menjengkelkan selepas 8 bulan saya di sini, orang masih cakap benda tu, cakap itu ini, dan sentiasa keluar dengan angka £1 billion ni.

“Saya tak tahulah, saya rasa ini tidak adil. Itu pandangan saya daripada kedudukan saya sekarang.

“Setiap kali sebut Chelsea mesti muncul ayat satu billion. Dan kamu tak boleh menentang idea mereka itu.

“Sebab tu kita harus melangkah maju ke hadapan.

“Setiap kali Chelsea kalah, sentiasa kerana, mereka berbelanja terlalu besar. Tak! Apa yang berkaitan Chelsea adalah Chelsea.

“Apabila pemilik baharu tiba dengan niat itu, mereka mahu membina sesuatu yang berbeza daripada sebelum ini. Itu yang kita semua harus fahami.

“Saya tak pernah lagi mendengar kritikan yang sebanyak ini, di dalam media, di dalam tv dalam beberapa hari kebelakangan ini.

“Saya tak tahu siapa yang bercakap tentang ini. Enzo Fernandez dia beraksi di aksi final Piala Dunia. Ya, tetapi dia memulakan pertandingan pada Piala Dunia sebagai pemain gantian.

“Kemudian ada dua pemain cedera, semua fokus terarah kepada Messi dan Enzo tidak tertakluk kepada tanggungjawab itu. Namun sekarang ini, hanya kerana jumlah ini (£106 juta angka perpindahan) kamu sekarang berikan saya amaran bahawa ‘kamu harus menang setiap perlawanan’.

“Hanya kerana wang, kerana jumlah yang besar kami belanjakan, ia telah mengurangkan jumlah masa yang dia harus belajar dan membangun menjadi pemain lebih baik. Kemudian dia harus berdepan dengan tekanan seperti ini.

“Bagi saya, mereka [pemain pemain Chelsea] adalah pemain yang memiliki kualiti sangat hebat, namun mereka perlukan masa.”

BACA JUGA: Klopp Pertahan Chelsea Selepas Neville Perlekehkan Mereka Sebagai ‘Blue Billion-Pound Bottle Jobs’

Baca yang lain