Mauricio Pochettino melepaskan jawatannya di Chelsea selepas beberapa siri pertemuan dengan Eghbali.
Chelsea mengumumkan bahawa penamatan kontrak itu dicapai atas persetujuan bersama. Namun terdapat laporan menyebut bahawa Pochettino sebenarnya dipecat.
Menurut football365 Terdapat perbezaan pendapat antara Pochettino dan Eghbali. Sementara Todd Boehly pula suka dengan hasil kerja pengurus itu.
Pemecatan Pochettino itu dianggap mengejutkan kerana dia baru mendapat rentak dengan pasukan mudanya pada separuh kedua musim. Di mana hanya Man City, Arsenal dan Liverpool yang mengutip mata lebih banyak daripada Chelsea dalam EPL sejak Disember.
Prestasi tersebut membantu Chelsea melayakkan diri ke slot Eropah musim hadapan.
Konflik pendapat berlaku antara Pochettino dengan pengurusan tertinggi Chelsea. Di mana dia meminta kelab memberikannya lebih kuasa dalam jual beli pemain.
Chelsea sebelum ini sudah menyatakan bahawa mereka melantik Pochettino kerana yakin pengurus itu akan membangunkan pemain pemain muda dianggap prospek.
Pochettino meminta untuk membawa beberapa nama pilihannya sendiri. Walaupun Chelsea berbelanja besar namun pemain pemain yang ditandatangani Chelsea adalah hadir atau ditandatangani sebelum kehadiran Pochettino ke kelab itu.
Dia berharap mendapat dana perpindahan baharu dan dibenarkan untuk menjual beberapa pemain yang dia rasakan tidak diperlukan dalam projeknya.
Isu besar sekarang ramai pemain diikat dengan kontrak terlalu panjang. Pochettino berpendapat ada beberapa pemain tidak sesuai dengan sistem permainan high pressing yang dia mahu terapkan.
Pochettino tidak setuju dengan beberapa strategi Chelsea dalam pengurusan pemain dan pasukan pada ketika ini yang dianggap tidak cukup bagus.
Eghbali pula sebelum ini kerap membayangkan bahawa dia mahu membawa masuk pengurus baharu. Usaha itu ditentang oleh Todd Boehly sebelum ini. Kerana mereka akan membayar pampasan sangat tinggi.
Todd Boehly seringkali menyokong Pochettino kerana yakin pengurus itu seorang jurutaktikal yang bagus. Selain itu Todd Boehly merasakan Chelsea terlalu kerap menukar pengurus.
Pochettino pula tidak selesa dengan Eghbali yang kerap tidak yakin dengan kemampuannya. Akhirnya konflik itu membawa kepada perbincangan menamatkan kontrak.