Pochettino: “VAR Perosak Bola Sepak Inggeris”

Mauricio Pochettino sekali lagi mengecam VAR. Dan kali ini dia benar benar bengang sampai melabel VAR sebagai perosak kepada bola sepak Inggeris.

Skuad Pochettino memerlukan kebangkitan separuh masa kedua untuk mengejar kedudukan daripada ketinggalan 2-0.

Gol Disassi pada lewat masa kecederaan dibatalkan kerana ada kekasaran pada fasa build up – ketika VAR menyemak gol itu.

VAR mendapati Benoit Badiashile mengasari Diego Carlos yang bermakna Chelsea terpaksa berkongsi mata dengan Aston Villa.

Pemain pemain Chelsea mengerumuni pengadil selepas tamat perlawanan kerana tidak berpuas hati.

Pochettino selepas tamat perlawanan berkata: “Semua orang yang menyaksikan perlawanan ini akan berasa sangat kecewa. Dua perkara berbeza yang pengadil kata. Ada kekasaran dan gol tak sah. Kemudian mereka menghubungi VAR untuk mengesahkannya.

“Pengadil hari ini sukar dipercayai dan mengarut. Ianya keputusan yang sukar diterima. Perkara seperti ini berlaku pada Piala FA, ketika aksi separuh akhir menentang Man City dua minggu lalu. Ada handball dalam kotak penalti namun kami tak diberikan penalti. Pengadil tidak menyemaknya.

“Ini menyakitkan, VAR telah merosakan bola sepak Inggeris. Saya rasa pemain pemain Villa dan penyokong mereka pun tidak faham kenapa gol itu dibatalkan.

“Mereka kata ada kekasaran dan kami lihat semua cabaran yang berlaku, ianya sudah pasti akan jumpa kesalahan. Dan kami tidak akan menamatkan aksi dengan 11 pemain.

Pundit Sky Sports, Joe Shread menganggap pengadil, Craig Pawson sebagai memberikan foul yang terlalu lembut.

Shread berkata: “Ini foul yang lembut ditiup oleh Pawson, yang melihat di monitor tepi padang, mungkin ianya cabaran bersih.

Keputusan ini membantu Villa untuk menamatkan musim di 4 teratas dan bermain di UCL.

Chelsea pula berada di tangga kesembilan dengan aspirasi mereka eropah musim hadapan semakin sukar. Chelsea adalah pasukan yang berbelanja besar dalam beberapa musim lalu.

Gagal layak ke UCL memberikan impak kepada kewangan kelab itu dari sudut akaun FFP. Jadi mereka benar benar berharap sekurang kurangnya dapat layak ke UEL atau UECL musim hadapan.

Baca yang lain