POCO Memberikan Hint Telefon Baharu Mereka Adalah POCO X2

Beberapa hari lalu, maka rasminya POCO telah menjadi jenama baru yang bebas daripada jenama Xiaomi.

Mereka kini menjadi entiti sendiri dan tidak ada kaitan lagi dengan Xiaomi. Ala macam Realme dan Oppo tu lah.

Oleh kerana itu POCO India telah mengusik para peminat telefon pintar POCO dengan video teaser di Twitter tentang POCO “Musim Kedua”.

Video yang ala ala promosi video game itu sangat menarik dan memberikan hint kepada beberapa butiran tentang telefon pintar baharu mereka.

Dalam video tersebut, nama “POCO X2” telah didedahkan dalam grafik pada video. Tetapi korang perlu menontonnya dengan lebih teliti untuk membolehkan korang melihatnya.

Aksara untuk nama POCO X2 itu agak berterabur.

Korang tengok ni hasil daripada tangkap layar oleh warganet.

Selain daripada Poco X2, POCO juga dijangka akan mengeluarkan “Pocophone F2” dan “F2 Lite, bersama-sama dengan peranti ketiga yang tidak dinamakan.

Jika POCO mengeluarkan “F2” dan “X2”, maka kita boleh membuat spekulasi bahawa POCO akan meneruskan siri F2 untuk menggantikan Pocophone F1.

Ini bermakna F2 sebagai siri pertengahan dan menjadikan “X2” sebagai kelas lebih tinggi. Ataupun boleh jadi sebaliknya.

Ramai peminat POCO sudah tak sabar untuk menunggu telefon musim baharu mereka ini dilancarkan. Kerana POCO dianggap flagship killer yang sangat bagus sebelum ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di