Benda ni semua orang tahu. Tak payah pura pura terkejut la.
Ok Sebenarnya aku nak gariskan 5 je la. Nak senaraikan banyak tak sempat ni sebab ada seminar lepas ni.
Unoted ada simptom terlalu bergantung kepada Pogba.
Benda ni ramai yang tak berapa perasan. Sebab ramai juga yang akan cakap, ala Pogba kalau ada pun dia tak konsisten.
Apabila Pogba bermain dengan sangat baik beliau akan menjadikan pasukan United menjadi pasukan berbeza.
Dan apabila dia sengal sengal ubi, team pun jadi sengal ubi sekali.
Jadi itu bermaksud ada unsur terlalu bergantung dalam tu.
Apabila Pogba cedera hari tu saya jangkakan beliau akan memberikan impak.
Dalam satu sudut lain, Pogba ni kalau hilang impak dia lebih besar daripada De Gea. Ini kerana De Gea ada deputy yang bagus dan kualiti yang baik.
Ketika Pogba dalam prestasi terbaik, beliau membantu Mourinho membina pasukan yang menamatkan saingan liga di tangga kedua dan juga menjulang UEL.
Tekanan tu nak menang UEL sebab itu juga talian hayat mereka nak ke UCL.
Mourinho berkata, pencapaian terbaik beliau dalam karier adalah membawa pasukan ‘ini’ (United yang ada pada masa tu) menamatkan kempen di belakang Man City di tangga kedua.
Ramai melenting. Hakikatnya Mourinho berkata team United yang dia pegang tu tak cukup depth. Beberapa pemain adalah individual player dan bukan team player.
Selepas kes virus menvirus di antara Pogba dan Mourinho, terus team United struggle.
Kemasukan Ole selepas Mourinho dipecat membuatkan Pogba kembali happy dan dia memberikan Ole impak segera.
Banyak kemenangan dikecapi dan statistik Pogba dalam beberapa perlawanan pertama Ole sangat baik.
Namun pemain ni manusia, mereka terdedah dengan kecederaan. Dan, apabila Pogba cedera dan bergelut dengan kecergasan, Man United bergelut juga di tengah.
Dalam bola sepak, bahagian tengah adalah aspek yang sangat penting.
Namun United harus juga menyalahkan diri sendiri kerana dalam beberapa jendela perpindahan, mereka gagal membentuk Squad depth yang baik.
Team yang bagus kena ada deputy yang bagus untuk pemain macam Pogba ni. Mereka tak dapat deal dengan Herrera yang merupakan team player. Pereira pula masih krisis identiti. Tak tau dia nak main no.6 ke attacking midfielder, ke wide player?
Nak buat macamana, kau tau Ed Woodward punya kerja suka last minute deal dengan pemain. Tu yang dia selalu panik extend klausa khas setaun tu. Mujur De Gea dan Martial lepas aktifkan kontrak setahun tu mereka setuju kontrak panjang.
Pogba adalah attacking midfielder dan tipikal box to box. Jadi transisi menjadikan McTominay sebagai no.6 sebenar akan memberikan kebaikan kepada Pogba dan juga pemain itu juga.
Itu antara pandangan aku tentang Pogba. Walaupun dia ni memang ada isu dengan konsistensi namun dia membuktikan, pada masa dia tak konsisten, United pun tak konsisten.
Pogba seharusnya lebih bertanggungjawab juga la untuk menguatkan lagi pengaruh beliau di atas padang supaya menjadi pemain yang cemerlang setiap minggu. Ni perform 3-4 game terus mula la si Raiola suruh dia fikir pasal Real Madrid.
Ole pula harus menyediakan sistem yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik dari Pogba. Sebab Ole ni pun kekadang suka pakai Pogba di deeper area.
Pada masa yang sama Pogba haruslah lebih terbuka menerima peranan di mana dia bermain sekalipun. Ni kekadang nampak sangat bila main attacking role dia gembira. Bila suruh main no.6 terus tak bermaya.
Jadi benda ni dua dua pihak kena cari satu titik agar dapat optimumkan potensi.
Pogba memang tipikal pemain tengah yang world class dan diperlukan oleh pasukan macam United.
Dia boleh jadi game changer bila diperlukan. Boleh buat pass cantik dan juga boleh skor.
Solskjaer boleh membina pasukan berpandukan Pogba. Namun biasanya benda ni leceh sikit. Sebab ramai pengurus suka membina sistem berdasarkan kehendak mereka dan pasukan secara kolektif.
Dulu aku pernah ulas Pogba ni macam Ozil. Pemain ‘mahal’. Tetapi tu dalam team United je la. Dulu masa kat Juventus dan juga ketika dalam team Perancis elok je dia jadi team player.
Dan semua ini, apabila team macam United ada simptom agak bergantung kepada satu pemain istimewa, ia wrong signal. Dulu elok je SAF tukarkan Giggs dengan Park Ji Sung ataupun Tevez ganti dengan pemain lain.
Siap tak nak layan permintaan gaji Tevez yang tinggi sangat lagi tu. Kalau sekarang ni panik Woodward nak bagi gaji gred N390 kepada Tevez.
Sebab apa? Sebab mereka ada squad depth yang bagus serta team player yang boleh menggalas tugas.