Ejen Paul Pogba mengesahkan dia akan terlepas Piala Dunia selepas mengalami satu lagi kecederaan ketika latihan yang terakhir dijalaninya.
Pogba sebelum ini kembali berlatih selepas pembedahan yang dialaminya. Dan dia benar benar optimis akan menyertai skuad Perancis dalam kempen Piala Dunia 2022.
Dia sebenarnya masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan lutut. Cuma menjalani latihan fizikal ringan.
Namun begitu, ejennya, Rafaela Pimenta, telah mengesahkan bahawa pemain Perancis itu akan terlepas Piala Dunia akan datang di Qatar selepas mengalami kecederaan paha semasa latihan.
Pemain tengah itu cuba untuk membuat kemunculan semula selepas pemulihan daripada kecederaan lutut yang telah menyulitkan penglibatannya dalam bola sepak musim ini.
Bercakap kepada saluran Telefoot Perancis, seperti yang dipetik Get French Football News, Pimenta menjelaskan: “Paul ingin kembali secepat mungkin tetapi dia perlu menguatkan dirinya dengan kesabaran, bekerja keras dalam masa sukar ini, dan memberi yang terbaik untuk kembali ke padang untuk peminat dan pasukannya secepat mungkin.”
Apabila kembali ke Juventus pada musim panas, Pogba mengalami kecederaan lutut pada pra-musim dan telah menghabiskan masa di pusat pemuliha sejak pembedahan.
Pada awalnya Pogba cuba mengelak untuk dibedah dan mahu menggunakan kaedah lebih konvensional. Namun doktor perubatan Juventus menasihati pemain itu harus menjalani pembedahan kerana ianya akan memberikan kesan jangka panjang jika Pogba tidak mahu dibedah.
Dia akhirnya akur dan bertekad mahu pulih secepat mungkin.
Pemain tengah itu sudah hampir kembali pada minggu-minggu sebelumnya, dengan fikirannya sudah memikirkan bahawa dia akan beraksi di Qatar.
Tetapi kini akan terlepas kejohanan itu. Pogba terbukti pemain penting negaranya, ketika dia membantu Perancis menang Piala Dunia kedua dalam sejarah mereka pada 2018.
Didier Deschamps juga tanpa pemain tengah, N’Golo Kante. Keadaan ini pastinya akan membuatkan dia sakit kepala. Dengan kejohanan itu kurang daripada sebulan lagi.
Selepas menjalani ujian perubatan di Turin dan Pittsburgh, Pogba kini mesti menumpukan usahanya untuk memulihkan dengan betul dari kecederaan lutut awalnya dan mengatasi kecederaan paha yang baharu.
Paul Pogba will miss the Qatar 2022 World Cup due to new injury, confirmed by his agent Rafaela Pimenta. 🚨🇫🇷 #Pogba
Pogba has not played one single official game with Juventus since he signed the contract last July. pic.twitter.com/nn13g6xGIX
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 31, 2022
Pogba masih belum membuat penampilan kompetitif untuk Juventus sejak kepulangan semulanya ke kelab itu.