Jika sebelum ini Max Allegri yakin bahawa kecederaan Pogba tidak serius dan optimis pemain itu akan beraksi dalam aksi persahabatan menentang Barca sekalipun. Jelas sekali Pogba tak sempat untuk pulih masa tu.
Pogba yang sebelum ini menyatakan dia sudah tak sabar untuk beraksi dengan Juventus sekali lagi. Kelab yang dia sertai 10 tahun lalu ketika masih remaja. Dia kemudian berkembang menjadi bakat elit dalam bola sepak.
Ibarat dejavu, Pogba kembali ke Juventus secara percuma sekali lagi, dari Manchester United. United sebelum itu membeli balik Pogba dengan nilai EUR100 juta pada 2016. Rekod perpindahan dunia pada masa itu.
Ketika di Manchester United, peminat seringkali percaya Pogba tidak berada pada tahap terbaiknya. Secara statistik, Pogba menjaringkan 39 gol dan 51 bantuan gol dalam 232 perlawanan semasa mewakili Manchester United.
Selepas konflik dalam rundingan kontrak, Pogba memutuskan untuk kembali semula ke Juventus. Namun malangnya, Paul Pogba terpaksa menerima realiti pahit bahawa dia terpaksa diketepikan buat sementara waktu akibat kecederaan.
Pogba memang memiliki rekod kecederaan yang agak merisaukan dalam beberapa musim kebelakangan ini. Dia seringkali bergelut dengan masalah kecergasan ketika di Manchester United.
Menurut La Gazzetta dello Sport, Paul Pogba terpaksa menarik diri daripada sesi latihan terakhir Juventus kerana kecederaan ringan pada lutut kanannya. Laporan itu mengesahkan bahawa Paul Pogba terpaksa keluar lebih awal sebelum tamat sesi latihan. Selepas melakukan latihan teknikal, dia terpaksa menghabiskan latihan larian pada sesi latihan petang yang ringan.
Bagaimanapun, pemain berusia 29 tahun itu tidak dapat menghabiskan latihan itu dan segera meminta untuk berjumpa doktor kelab. Pogba kembali ke bilik persalinan dengan kelihatan kesakitan di lutut kanannya. Dia menyatakan bahawa dia tidak dapat meneruskan latihan ringan tersebut kerana terlalu sakit.
Namun Pogba sempat memberitahu beberapa rakannya bahawa dia baik baik sahaja. Merujuk kepada kecederaan itu cuma kecederaan ringan. Menurut laporan pada hari dia cedera, Pogba tidak perlu melakukan analisis kecederaan lebih menyeluruh kerana itu cuma cedera ringan.
Lebih serius daripada dijangkakan
Maka, Juventus kekal tenang dan yakin pemain itu akan beraksi dalam aksi pembukaan Serie A. Malangnya, laporan kecederaan terbaru Pogba adalah lebih serius daripada dijangkakan.
Menurut laporan Gazetta Dello Sports dari Itali, Pogba kini kemungkinan akan dibedah kerana kecedearan tersebut.
Pogba baru sahaja kembali menyertai semula Juventus secara percuma. Dia membuat kontroversi dengan mendedahkan dalam dokumentarinya bahawa dia memang tak mahu melanjutkan kontrak di Manchester United kerana kecewa kelab itu hanya menawarkan GBP300k seminggu.
Seterusnya Man United tidak menunaikan janji mereka untuk menjadikan Pogba teras dan bintang utama projek mereka yang berubah kepada Bruno Fernandes. Dan kemudian lebih kepada projek pasukan Ronaldo.
Pogba baru baru ini mengalami kecederaan ketika latihan pra musim. Paul Pogba akan mengadakan rundingan dengan pakar untuk memutuskan rawatan untuk kecederaan lututnya, kerana pemain tengah Juventus itu bimbang dia mungkin terpaksa terlepas Piala Dunia 2022 bersama Perancis.
Bekas pemain Manchester United itu disahkan menghidap luka meniskus di tepi lutut kanannya selepas terseliuh sesi latihan di Los Angeles minggu lalu.
Dia dijangka menjalani pembedahan di Amerika Syarikat, tetapi sebaliknya telah terbang pulang ke Itali pada hari Rabu.
Menurut La Gazzetta dello Sport dan Corriere dello Sport, ia adalah kerana terdapat dua pendekatan yang berpotensi untuk menangani kecederaan ini. Dan jika dia terpaksa dibedah maka dia bakal terlepas aksi Piala Dunia 2022 di Qatar.
Dia mungkin hanya akan kembali semula beraksi pada tahun hadapan.
🚨 There's a risk that Pogba wouldn't be back until 2023, he might even miss the World Cup.
– Fabiana Della Valle pic.twitter.com/IHVy0F1vt9
— Juve Canal (@juve_canal) July 27, 2022
Proses pertama ketika ini adalah untuk mengeluarkan sekeping meniskus dari lutunnya. Itu mungkin akan menghalang Pogba daripada beraksi selama 40-60 hari.
Walaubagaimanapun, ini biasanya dianggap lebih sesuai untuk pemain yang lebih muda atau remaja, kerana ia boleh menjejaskan mobiliti lutut jika dilakukan kepada pemain yang sudah tahap dewasa. Mungkin Pogba mempertimbangkan pilihan ini untuk jangka pendek demi Piala Dunia?
Pilihan lain ialah menjahit luka, tetapi itu mungkin memerlukan pemain diketepikan selama empat hingga lima bulan.
Pogba could stay out until 2023 and miss the World Cup according to Gazzetta!
The needed surgery would need at least 4 months recovery so now Pogba is considering a conservative therapy for this season that could allow him play World Cup
— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) July 27, 2022
Itu mungkin bermakna terlepas Piala Dunia 2022 di Qatar, yang dimainkan pada November dan Disember. Ini juga berita buruk buat Perancis jika Pogba tidak dapat beraksi. Ini ditambah dengan rekod kecergasan N’golo Kante yang agak membimbangkan sejak musim lalu.
Itulah sebabnya Pogba akan berunding dengan kakitangan perubatan Perancis serta pakar ortopedik sebelum membuat keputusan. Apa yang pasti keutamaannya ketika ini adalah mahu beraksi di Piala Dunia.
Pogba sebelum ini banyak kali mengalami kecederaan melibatkan ototnya ketika di Manchester United.
Juventus sudah bersedia untuk mendapatkan pengganti Pogba. Juventus yang baru mengesahkan mereka melepaskan Aaron Ramsey dengan penamatan kontrak atas persetujuan bersama. Kini menilai pilihan untuk mendapatkan Saul Niguez dari Atletico. Pemain yang dipulangkan semula oleh Chelsea selepas gagal menunjukkan aksi diharapkan.
Juventus could sign Atletico Madrid midfielder to replace Pogbahttps://t.co/iy6S3uWM0q
— JuveFC (@juvefcdotcom) July 28, 2022
Jenventus benar benar terdesak mahukan pemain tengah baharu sebelum jendela perpindahan ditutup untuk mengisi dan menampung ketiadaan Paul Pogba sementara pemain itu dalam proses pemulihan.
Semoga cepat sembuh Paul Pogba!