Paul Pogba kini akan berdepan dengan perbicaraan berkaitan dengan kes penggunaan barang terlarang.
Paul Pogba sebelum ini telah gagal dalam ujian doping di mana dia ada lebihan testosteron dalam badannya.
50 hari selepas analisis dibuat pada 11 Septemer dan 26 hari selepas analisis melawan analisis pertama dibuat pada 6 Oktober, Pogba masih digantung sementara menunggu hukuman mutlak dijatuhkan kepada beliau.
Pogba sebelum ini mencabar analisis pertama. Namun dalam analisis kedua dibuat, dia tetap gagal dalam ujian itu.
Agensi anti doping Itali dilaporkan sempat menggeledah rumah Pogba dan megambil sampel daripada semua jenis ubatan dan krim yang digunakan pemain itu.
Kini Gazetta Dello Sport melaporkan Pogba dibicarakan untuk kes yang melibatkan penggantungan 2 tahun.
Untuk kes penggunaan barang terlarang seperti Pogba ini, kes ini sebenarnya ada peruntukan hukuman sehingga 4 tahun.
Memandangkan Pogba memberikan kerjasama di atas pemberian sampel dan sebagainya, dia dijangka tidak akan berdepan hukuman 4 tahun itu.
Bagi pihak Juventus mereka menganggap ini adalah kecuaian Pogba semata mata. Kelab berhak untuk menamatkan kontrak pemain itu serta merta. Kontrak semasa Pogba masih ada 2 musim lagi.
Juve menyiasat kes ini, dan mendapati, Pogba cuai dalam pengambilan makanan ketika berada dia Amerika Syarikat. Dia tidak mendapatkan nasihat pakar pemakanan kelab terlebih dahulu.
Juventus tidak sanggup menanggung gaji Pogba yang terlalu tinggi untuk 2 musim lagi jika dia digantung. Walaupun sebelum ini kelab menganggap dia seperti anak emas mereka yang kembali pulang semula.
Pogba masih tidak menikmati musim yang diharapkan sejak pulang ke Juve. Dia mengalami beberapa siri kecederaan dan sempat terlepas aksi Piala Dunia 2022 di Qatar.