Pogba, Bruno Dan Kayu Hijau Cipta 5 Statistik Gila Daripada Kemenangan 5-1 United Ke Atas Leeds

Manchester United memulakan kempen musim 2021/22 dengan sebaiknya. Menang dalam perlawanan pertama dan ianya merupakan Roses Derby.

Manchester United mendahului pada rehat separuh masa pertama menerusi gol tunggal Bruno Fernandes hasil ciptaan peluang oleh Paul Pogba kacak.

Kemudian pada separuh masa kedua, Luke Ayling menyamakan kedudukan, hanya selepas 4 minit sepak mula.

Namun Greenwood meletakkan United kembali di hadapan menerusi leretan kemas, hasil hantaran Pogba.

Pogba melengkapkan hatrik assistnya pada minit ke-54, hanya 2 minit selepas gol Greenwood. Di mana Bruno Fernandes menjaringkan gol kedua peribadinya.

Bruno mencetak hatrik pada minit ke-60 hasil daripada hantaran cantik Lindelof. Bruno tidak ofsaid terus menewaskan Meisler.

Selepas hatrik oleh Bruno Fernandes, giliran Pogba pula menambah satu lagi assist, kali ini untuk Fred. Tamat perlawanan, Man United 5 Leeds 1.

Berikut adalah 5 statistik gila dicipta dalam perlawanan ini.

1. Hatrik pertama Fernandes

Selpas menjaringkan cukup banyak gol musim lalu, selayaknya Bruno Frnandes menikmati hari beliau meraikan hatrik. Terutama sekali di hadapan penyokong di Old Trafford yang full house.

Bruno Fernandes meneruskan prestasi cemerlangnya. Terutama sekali dari segi naluri gol dan juga off ball running beliau.

Bruno Fernandes turut menjadi pemain pertama Man United sejak 1977/78 menjaringkan hatrik dalam aksi pembukaan.

2. Pogba 4 assist

Jika bercakap tentang siapa pemain terbaik? Ianya terpulang kepada pilihan individu kerana Bruno Fernandes pastinya disaingi rapat Paul Pogba.

Bruno Fernandes sendiri meminta Old Trafford memberikan penghargaan kepada insan bernama Pogba.

4 assist yang dilakukan Pogba dalam perlawan ini adalah satu statistik yang gila.

Macam yang biasa berlaku, apabila Pogba world class, seluruh pasukan United akan world class ataupun berprestasi baik. Cuma Pogba harus fokus kepada prestasinya lebih baik selepas ini.

Kerana kadang kadang dia tidak konsisten kerana isu isu bukan bola sepak termasuk isu ejennya.

Pogba juga menjadi pemain ketujuh dalam sejarah EPL melakukan 4 assist, serta pemain pertama dalam sejarah United untuk melakukan pencapaian sebegitu. Musim lalu, Pogba melakukan hanya 3 assist daripada 26 perlawanan. Musim ni dah terlajak 1.

3. Hatrik dan assist bersepah dalam satu perlawanan

Ini adalah kali ktiga dalam sejarah Man United di mana ada pemain yang melakukan hatrik dan melakukan sekurang kurangnya 3 assist dalam satu perlawanan.

Sebelum ini, pada 2011, Rooney dan Young masing masing melalukan 3 gol dan 3 assist.

Dan pada 1997, Cole dan Ole sendiri melakukan 3 gol dan 3 assist antara mereka.

4. Prestasi Greenwood

Mungkin ramai akan terlepas pandang prestasi anak muda graduan akademi Man United ini.

Mason Greenwood baru sahaja meraikan gol ke-30 kariernya bersama dengan Manchester United.

Secara statistiknya, beliau cemerlang dengan 5 gelecekan berjaya dan memenangi bola dari kaki lawan sebanyak 5 kali. Nampaknya isu pressing diperbaikinya.

Selain itu Greenwood turut menjaringkan 1 gol dan mencipta satu peluang keemasan.

5. Lima atau lebih gol

Sejak era Fergie, Man United hanya menang 5 kali sahaja dengan gol lebih daripada lima.

Dan kelima limanya adalah di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Β