Pogba Cedera Lagi! Membuatkan Dia Menangis Ketika Dikeluarkan

Paul Pogba baru sahaja kembali ke padang dalam beberapa minggu terakhir ini.

Namun bintang Perancis itu sekali lagi mengalami kecederaan.

Pada awal musim ini Pogba hanya sempat berlatih pra musim bersama Juventus, sebaik sahaja menyertai kelab itu secara percuma dari Man United.

Dia kemudian mengalami kecederaan yang membuatkan dia rehat panjang.

Kemudian dia kembali berlatih beberapa bulan kemudian. Dan sekali lagi mengalami kecederaan. Membuatkan dia berehat beberapa minggu lagi.

Pogba akhirnya kembali ke padang dalam beberapa perlawanan ini. Dan kini pemain itu kembali cedera.

Pogba sangat teruja untuk kembali memulakan perlawanan selepas lebih setahun tidak dapat menjadi kesebelasan utama.

Kali terakhir Pogba menjadi first eleven untuk Juventus adalah ketika menentang AC Milan pada 2549 hari yang lalu.

Namun pada minit ke-21, dalam aksi berdepan Cremonese, pemain itu mengalami kecederaan. Dan dikeluarkan beberapa minit kemudian.

Pogba sangat kecewa dan dia menangis ketika meninggalkan padang. Kecederaan itu benar benar mencabar fizikal dan mentalnya.

Dia sebelum ini terlepas Piala Dunia 2022, kerana kecederaan.

Peminat turut bersimpati dengan apa yang melanda Paul Pogba. Dan mengharapkan pemain itu akan cepat sembuh.

Juventus menang 2-0 ke atas Cremonese. Dan mengukuhkan lagi kedudukan mereka di tangga kedua dalam carta Serie A.

Dengan Napoli sudah disahkan sebagai juara pada minggu lalu.