Pogba Dah Left Group WhatsApp Manchester United, Petanda Mahu Pergi?

Pemain tengah Manchester United, Pogba dilaporkakan sudah keluar daripada kumpulan WhatsApp pemain pasukan Manchester United.

Pemain tengah itu, yang kembali semula ke Manchester United dalam perjanjian £89 juta daripada Juventus pada 2016 ataupun EUR100 juta, dijangka meninggalkan kelab itu sebaik kontraknya tamat pada penghujung musim.

Pogba ketika itu menjadi pemain termahal di dunia ketika dibeli semula Manchester United. Dan kekal sebagai pemain termahal dalam sejarah kelab itu pada ketika ini.

Pogba berkemungkinan sudah bermain perlawanan terakhirnya untuk United selepas dia terpaksa dikeluarkan dalam kekalahan minggu lalu kepada Liverpool kerana kecederaan betis.

Dan menurut The Mirror, Pogba telah pun memberikan isyarat kepada pasukan United bahawa dia akan pergi dan telah mengeluarkan dirinya daripada kumpulan WhatsApp yang digunakan pemain untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Difahamkan destinasi Pogba yang paling mungkin ialah Paris Saint-Germain, dengan pemain tengah itu dan keluarganya berminat untuk berpindah ke ibu kota Perancis itu.

Pogba dan isterinya sangat sukakan kehidupan di Perancis.

Bercakap sebelum kekalahan United kepada Arsenal pada hujung minggu, pengurus United Ralf Rangnick menjelaskan bahawa Pogba kemungkinan tidak akan melanjutkan kontraknya.

Seterusnya Rangnick tidak pasti kenapa ianya berlaku. Sama ada Pogba sendiri memang tak mahu. Atau kelab tidak mahu melanjutkan kontraknya. Ataupun Erik Ten Hag yang tidak merasa ada keperluan untuk melanjutkan kontrak Pogba.

“Seperti yang nampak sekarang, dia tidak akan memperbaharui kontraknya dan, saya tidak tahu, mungkin kelab atau Erik tidak mahu memperbaharui kontraknya. Kemungkinan besar dia tidak akan berada di sini musim depan,” kata Rangnick.

“Dia pemain yang memenangi Piala Dunia; dia seorang pemain yang bagus sehinggakan dia adalah pemain kesebelasan utama yang tetap untuk Perancis. Kita semua tahu jenis potensi yang dia ada dan jenis pemain bagus yang dia boleh jadi.”

Man United sebelum ini berusaha melanjutkan kontrak Pogba. Namun Pogba dan ejennye mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Dikatakan United sedia membayar gaji yang diminta oleh Pogba sebagai penerima gaji tertinggi kelab.

Tetapi kehadiran Cristiano Ronaldo mungkin membuatkan tawaran itu bukan lagi yang terbesar melibatkan struktur gaji pemain. Di mana pemain veteran dan legenda United itu menerima GBP480k seminggu.

Raiola dan Pogba  bagaimanapun menegaskan bahawa pemain itu mahu terus kekal di United. Cuma pada masa yang sama Pogba mahukan jaminan projek yang menjamin kejayaan atas padang.

Ralf Rangnick merasakan bahawa Pogba masih pemain istimewa walaupun agak bergelut musim ini.

“Dia seperti beberapa pemain lain yang bergelut untuk mendapatkan persembahan terbaiknya secara konsisten di atas padang untuk pasukan seperti Man United.”

“Ini bukan sahaja berlaku musim ini atau dalam beberapa minggu lalu. Seingat saya, ia juga berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.”

Adakah Pogba akan ke PSG? Kerana sebelum ini perjanjian dengan kelab itu gagal dimeterai kerana Man United tak mahu melepaskannya.

Seterusnya Ultras PSG menentang perpindahan tersebut kerana Pogba merupakan penyokong tegar Marseille sama seperti ibunya.

Malah sebelum ini ibu Pogba pernah memperlekehkan berita mengaitkan anaknya dengan PSG dengan menyatakan bahawa dia tak akan membenarkan Pogba ke PSG.

Lalu ultras PSG menaikkan sepanduk: “Dengar kata ibu kamu, jangan datang ke sini. Kami pun tak inginkan kamu.”

PSG terdesak mahukan pemain tengah berkualiti seperti Pogba untuk menambah kekuatan pasukan mereka.