Pogba Dedah Detik Mourinho Timbulkan Kemarahannya: “Saya Tak Suka Dia Buat Begitu”

Pemain tengah antarabangsa Perancis, Paul Pogba berpindah ke Old Trafford pada musim panas yang sama dengan jurulatih Portugal itu, tetapi mereka akhirnya tidak sehaluan.

Paul Pogba telah mendedahkan titik tolak keretakan hubungannya dengan bekas pengurus Manchester United Jose Mourinho. Ini selepas jurulatih Portugal itu mempersoalkan kecederaan pemain Perancis itu ketika dia berada di Miami untuk program pemulihan.

Pogba dan Mourimho masing masing menyertai Man United pada musim panas 2016.

Pogba menikmati kejayaan awal di bawah Mourinho, kerana 2 trofi telah ditawan pada musim pertama mereka bersama, tetapi hubungan itu retak.

Lebih teruk apabila Man United memutuskan untuk memecat Mourinho selepas pengurus itu memanggil Paul Pogba virus. United risau tindakan Mourinho itu boleh menyebabkan mereka kehilangan Pogba pada harga rendah – kalau dia dijual.

Bercakap dalam dokumentari, Amazon Prime baharunya yang berjudul Pogmentary, Pogba mengulas mengenai detik Mourinho mula menimbulkan kemarahannyta.

Menurut juara dunia 2018 itu: “Ia bermula apabila saya cedera. Saya berkata saya akan pergi ke Miami untuk melakukan pemulihan.”

“Seorang paparazi mengambil gambar Zulay [isteri Pogba] dan saya. Jose menghantar gambar itu kepada Mino [Raiola]. Saya tidak suka dengan itu [tindaka Mourinho] sama sekali. Dia berkata dia sedang bercuti sedangkan kami bekerja seperti [sangat teruk untuk pemulihan].”

“Saya beritahu Mourinho, biar betul? saya cedera. Saya berlatih tiga kali sehari di sini. Awak fikir saya ni siapa? Ia perkara baru kepada saya untuk mempunyai masalah dengan jurulatih saya.”

Pogba mengalami kecederaan paha pada September 2017 yang menyebabkannya tidak beraksi selama 12 perlawanan, itu masalah kecergasan serius pertama yang dialaminya bersama Man Utd.

Jose Mourinho kemudian terus dipecat daripada tugasnya selepas dua setengah tahun menerajui, dengan soalan yang sering ditanya mengenai hubungan kerjanya dengan Pogba – dengan video muncul memaparkan bahawa pada satu tahap, Pogba dan Mourinho kelihatan bertengkar di padang latihan.

Man Utd telah mencapai sedikit kemajuan sejak memecat Mourinho, namun akhirnya Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick tidak dapat memberikan United sebarang piala.

Namun pada era Rangnick, dia telah melarang mana mana pemain melakukan pemulihan di luar negara.

Rangnick menegaskan, apa guna ada fasiliti dan kemudahan yang canggih namun pemain dihantar untuk menjalani pemulihan di luar negara termasuk di Dubai.

Jadi, apa yang dikatakan Rangnick itu adalah benar, kerana pemain memang dibenarkan untuk menjalani pemulihan sendiri di mana mereka suka.

Ketika Rangnick mengkritik polisi itu, dia juga berdepan dengan isu berkaitan Pogba. Pemain itu yang dihantar untuk rehabilitasi di Dubai.

“Setakat yang saya nampak, jabatan medikal di kelab ini sangat bagus, dengan banyak pendekatan rehab yang digunakan.”

“Saya tak nak para pemain melakukan rehab mereka sendiri di tempat lain. Keputusan membenarkan Paul Pogba [rehab di Dubai] dibuat sebelum saya tiba.”

“Kelab lama saya sentiasa cuba memastikan rehab dilakukan di dalam kelab sendiri.”

“Saya sudah bercakap dengan jabatan perubatan kelab – dengan doktor kami Steve [McNally], dengan Robin Sadler [ketua rehab] – pada masa akan datang, saya nak pemain yang cedera kekal di kelab.”

Erik ten Hag kini sedang bersiap sedia untuk mengetuai kelab gergasi Liga Perdana bermula musim 2022/23. Namun kali ini United sudah kehilangan Pogba secara percuma sekali lagi.

Dalam dokumentari yang sama Pogba mengkritik Man United yang menawarkan hanya GBP300k seminggu kepadanya.