Pogba Digantung Kerana Positif Ujian Doping, Juve Pertimbang Tamatkan Kontraknya!

Paul Pogba nampaknya perlu berehat seketika daripada bola sepak. Pemain itu baru sahaja kembali cergas, namun kini terpaksa menyaksikan aksi di rumah sekali lagi.

Juventus mengesahkan bahawa mereka sudah menerima surat rasmi daripada Pejabat Anti Doping Kebangsaan Itali.

Kelab dalam kenyataannya berkata: “Pogba telah digantung atas kesalahan anti doping. Kelab akan mempertimbangkan langkah yang perlu untuk proses seterusnya.”

Sejak kembali ke Juventus dari Man United pada musim lalu, pemain itu masih tidak menikmati karier yang indah.

Dia terus dilanda kecederaan yang membuatkan dia berehat panjang.

Ketika dia kembali pada kira kira hampir pertengahan musim lalu, dia dilanda kecederaan sekali lagi membuatkan dia terlepas aksi Piala Dunia 2022.

Pogba bagaimanapun mempertikaikan kenapa Deschamps tidak menyertakan namanya, kerana dia yakin dia boleh cergas sepenuhnya ketika sepak mula di Qatar.

Pogba turut memuat naik gambar yang menyindir Deschamps sambil menunjukkan dia berlatih dengan sangat cergas,

Juventus terus meletakkan kepercayaan bahawa Pogba akan kembali menjadi pemain tengah elit mereka. Dan kini pemain itu berdepan dengan kesalahan positif doping.

Dia berdepan dengan hukuman berat jika kandungan barang terlarang berdasarkan jumlah kandungan bahan terlarang dalam badannya.

Juventus pastinya tidak gembira dengan berita ini. Dan tidak menolak akan membatalkan kontrak Pogba jika pemain itu digantung lama.

Walaupun Pogba menerima pengurangan gaji di Juventus, namun angka gajinya masih besar kerana mengambil kira status ekonomi kelab itu yang kini agak bermasalah.

Sebelum ini Andre Onana pernah kehilangan kontrak baharunya di Ajax kerana digantung 12 bulan atas kesalahan doping. Ajax memutuskan untuk menarik semula tawaran lanjutan kontrak kepadanya.

Namun Onana berjaya melawan kes itu dengan kenyataan konsisten bahawa dia tak sedar ubatan dia ambil mengandungi lebih bahan terlarang. Kerana ubat itu diberikan isterinya. Dia mengakui kesilapannya kerana tidak mendapatkan nasihat doktor kelab.

Membuatkan hukumannya dikurangkan kepada 9 bulan kerana dia tidak layak menerima hukuman selama setahun. Namun dia tetap bertanggungjawab kerana cuai. Dia akhirnya menyertai Inter Milan.