Pogba: “Islam Jawapan Kepada Persoalan Dalam Hidup Saya”

Dalam wawancara dengan Sky Sports sempena Black History Month, pemain tengah Manchester United, Paul Pogba telah bercakap dengan penuh semangat tentang idolanya, Muhammad Ali dan bagaimana petinju ikonik itu telah membantu membentuk kehidupannya selama ini.

Pogba turut menceritakan bahawa, keputusannya untuk memeluk agama Islam juga telah memberikan kesan positif kepada kehidupannya seperti mana yang dilalui idolanya Muhammad Ali.

“Muhammad Ali. Dia adalah seseorang yang saya fikir semacam menyelamatkan kehidupan saya. Wira adalah seseorang yang menyelamatkan nyawa, yang menolong orang, dan saya rasa itulah yang dia lakukan. ”

“Dia telah menyelamatkan banyak orang, tetapi bukan dengan mengeluarkan seseorang itu dari api, tetapi hanya dengan memberikan pesanan yang baik, menolong dunia, mengatakan yang sebenarnya ketika sukar untuk mengatakannya, terutama pada saat sukar bagi orang kulit hitam.”

“Dia bercakap untuk komuniti kulit hitam dan membantu kami mendapat kebebasan hari ini.”

“Itulah sebabnya dia adalah pahlawan, legenda. Jelas sekali, ini adalah masa yang sukar seperti yang anda bayangkan dan ibu bapa saya pernah menceritakan sejarah apa yang dia lakukan untuk orang kulit hitam. Dia adalah legenda. Dia seorang yang bijak dan terus belajar.”

Ditanya sama ibu dan ayahnya pernah bercakap dengan Pogba mengenai Muhammad Ali secara khusus, atau mengenai kehidupan 40 atau 50 tahun yang lalu?

Pogba berkata: “Ayah saya, ketika dia tiba di Perancis, dia ada bercerita, dia memberitahu saya dia diserang dan orang-orang mengatakan beberapa perkara rasis kepadanya ketika dia berada di dalam bas, dan semua perkara perkara serupa.”

“Anda perlu menerimanya dan dia sentiasa tenang. Ayah saya selalu menyuruh saya untuk sentiasa tenang dan bijak, biarkan saja, jadilah lebih bijak daripada orang-orang itu, jadi jangan bertindak balas. Anda tahu siapa diri anda, anda harus selalu bangga dengan siapa diri anda. Bangga dengan warna kulit anda, selalu bangga dengan siapa anda. ”

Seterusnya, Pogba juga merasakan idolanya, Muhammad Ali seorang muslim dan orang kulit hitam yang memberikan kesan yang sangat besar kepada dunia. Muhammad Ali berdakwah dengan caranya tersendiri yang santai namun sarat dengan mesej.

“Saya rasa dia [Ali] memberikan impak kepada kita, dengan cara dia bercakap, dia sangat bijak dan dia tahu bagaimana menyampaikan mesej tetapi tanpa menyerang seseorang secara lisan, kerana orang akan mengatakan ‘oh dia menyerang orang kulit putih’, tetapi dia menyampaikannya dengan cara yang baik dan pada ketika itu, anda bercakap hal seperti itu di media dan tv, anda boleh terbunuh.”

“Dia ada suara, keperibadian, karisma, untuk mengatakannya dengan cara yang kelakar, cara yang baik, dan orang akan memahami dan tidak akan tersinggung.”

“Saya melihat dia sedikit dalam diri saya, saya fikir …” kata Pogba sambil berseloroh mahu disamakan dengan idolanya itu.

“Baiklah, saya harap begitu kerana saya akan katakan saya belajar sedikit daripadanya, bagaimana untuk yakin dengan diri sendiri dan hanya menjadi diri sendiri.”

“Itu adalah sesuatu yang tidak dapat saya ubah. Saya suka tersenyum, berjoging, ketawa dan menari. Ini adalah diri saya dan saya suka menjadi diri sendiri. Dan juga, dia [Ali] adalah seorang yang sudah bertaubat dan saya juga sudah bertaubat, jadi sangat menarik bagi saya untuk mengetahui kisahnya.”

“Setiap orang mempunyai sejarahnya sendiri, jadi saya berminat untuk mengetahui tentangnya.”

Ditanya tentang bagaimana pengalamannya setelah memilih untuk memeluk agama Islam, Pogba berkata:

“Saya rasa ia telah memberi saya identiti, ianya memberikan saya [jawapan]… kadang-kadang anda mempersoalkan hidup anda tentang apa sahaja: mengapa ini terjadi pada saya, mengapa ini, mengapa begitu. ”

“Saya rasa Islam telah memberi saya panduan kepada segala yang saya cari selama ini, Al-Quran telah memberikan saya panduan, bagaimana itu terjadi dan mengapa anda berada di sini dalam hidup.”

“Ini membuka mata saya lebih banyak mengenai kehidupan, tentag sesuatu, tentang segalanya, tentang perkara-perkara penting, lebih daripada bola sepak dan lebih daripada sukan, untuk tidak memandang serius perkara-perkara tertentu, kerana kamu ada takdir kamu sendiri yang sudah tertulis, jadi takdir anda adalah takdir anda, anda tidak boleh mengubahnya dan anda hanya perlu menikmatinya dalam kehidupan.”

Ditanya tenta, sama ada Pogba merasakan Muhammad Ali memberikan kesan positif terhadap bagaimana Islam seperti mana kesan yang dia lakukan kepada padangan dunia tentang kulit hitam.

“Ya, sebagai seorang Muslim dia adalah seorang Muslim yang memberikan mesej yang baik dan berkelakuan baik. Sentiasa! seorang Muslim ingin bersikap baik dan menunjukkan teladan yang baik kepada dunia, kepada semua orang.”

“Itulah yang biasa dilakukan oleh mereka yang sebelum ini, dan kami juga mahu melakukan perkara yang sama. Kami ingin bersedekah dan untuk pengetahuan kamu, hanya dengan senyum kepada seseorang sebenarnnya itu adalah satu amal. Anda mahu memberikan mesej ini dan menjadi orang yang baik. Jadilah orang yang baik kepada dunia.”