Paul Pogba akhirnya tanpil menjelaskan mengapa beliau, sehingga sekarang masih belum kembali menyertai Man United dalam sesi latihan.
Ramai yang menganggap Pogba kelihatan sudah tiada hati untuk kembali semula ke United.
Ini selepas beberapa kenyataan ejen beliau, Mino Raiola yang menyatakan pemain itu mahu keluar dari Man United.
Pogba hanya membuat lapan penampilan musim ini bersama United. Dan kemudiannya disisihkan kerana kecederaan pada bahagian buku lali.
Dan Pogba sudah tidak beraksi sejak kemenangan Man United, dalam aksi Boxing Day ke atas Newcastle.
Pemain Perancis itu tidak menyertai pasukan utama dalam latihan di Sepanyol pada kem musim sejuk.
Pogba enggan kembali ke sesi latihan terlalu awal kerana mahu cuba mengelakkan kecederaannya daripada berulang.
Pogba dikatakan sudah berada di Manchester dan sudah melawat Carrington. Tetapi belum dapat dipastikan sama ada beliau boleh menjalani latihan penuh.
Pogba hanya membuat dua penampilan untuk Red Devils sejak September dan terpaksa menjalani pembedahan pada buku lali pada bulan Januari 2020.
Beliau dibenarkan meneruskan pemulihannya sendiri di Dubai.
Pogba berkata kepada Wladimir Klitschko dalam satu sidang media: “Sudah tentu saya akan kembali berlatih selepas ini. Ia akan berlaku.”
Pogba mahu memastikan pemulihan beliau kali ini benar benar pulih. Kerana beliau enggan mengambil risiko.
“Perkara yang paling penting adalah untuk kembali pulih dan tidak cedera lagi.”
“Jadi, saya nak kembali dengan kuat. Saya perlu berhati-hati dengan tidak kembali terlalu awal dan kemudian jelas kembali ke padang dan menjadi lebih baik ketika di atas padang berbanding dengan sebelum kami cedera.”
“Kecederaan yang saya miliki adalah buku lali yang terpelecok, kera ada orang yang membentes saya dari belakang, jadi ini bukan sesuatu yang boleh anda elakkan.”
IN PICS: Pogba posts fresh injury update ahead of Man Utd return https://t.co/HNbH8hCjzL
— adediran ademuyiwa (@muyiwaintegral) February 12, 2020
“Kecederaan otot, sering kali berkaitan dengan apa yang anda makan, recovery, terlalu banyak latihan dan tidur yang tak betul. ”
“Sekiranya anda tidak cukup tidur, anda akan mendapat sakit otot dan kecederaan otot.”
“Anda perlu makan secara sihat, berehat dengan secukupnya, berlatih, mendapatkan semula kekuatan pada otot anda untuk mengelakkan kecederaan dan selepas itu, anda tidak akan mengalami kecederaan lagi jika anda daripada kecederaan jenis itu.”
Pogba dijangka membuat kembali dari kecederaan dalam aksi derbi Manchester pada 8 Mac 2020.
Namun malangnya, menurut Ole, Pogba masih jauh daripada tahap beliau boleh kembali berlatih semula bersama pasukan.
December 17: Pogba is 'struck down ill'
Dec 22: Pogba plays
Dec 28: Pogba 'did not feel right'
Dec 28: Solskjaer 'would think' Pogba will travel to Arsenal
January 1: Pogba does not travel
Jan 1: Pogba is out for 'three or four weeks'
It's been seven #mufc https://t.co/QiNwuXJqFG— Man United News (@ManUtdMEN) February 17, 2020
Malah Ole Gunnar Solskjaer tidak pasti, bila agaknya pemain itu akan kembali.
Ole Gunnar Solskjaer memang sangat ingin melihat Pogba kembali untuk digandingkan dengan Bruno Fernandes di tengah.