Paul Pogba baru sahaja disahkan boleh kembali beraksi pada Mac 2025. Ini selepas hukuman 4 tahun penggantungannya dikurangkan kepada hanya 18 bulan sahaja.
Pogba gembira meraikan kejayaannya dalam mencabar keputusan penggantungannya menerusi rayuan di CAS.
Pemain itu masih ada kontrak dengan Juventus sehingga Jun 2026. Dan dia dilaporkan sedia untuk meminta penamatan kontrak dengan Juventus. Kelab itu sebelum ini pernah cuba menamatkan kontrak Pogba dengan alasan penggantungan 4 tahun itu merugikan kelab.
Lagipun kesalahan Pogba itu berlaku ketika dia bercuti di AS dan pemain itu tidak mendapatkan nasihat pakar perubatan atau nutrisi mereka ketika mengambil ubatan.
Juventus sebelum ini menganggap Pogba adalah penandatanganan yang sangat merugikan. Dia menikmati gaji yang besar walaupun dia setuju menerima gaji lebih rendah daripada di United. Namun Juve terbeban dengan gaji pemain itu. Kerana dia mengalami beberapa siri kecederaan. Dan kemudian penggantungan.
Tetapi Juventus menunggu keputusan mahkamah rayuan CAS tentang kes itu. Jika Pogba kekal digantung 4 tahun, kelab akan mengaktifkan klausa penamatan kontrak sepihak atas dasar, pemain tidak mengikut garis panduan kelab.
Namun kini pemain itu sedia kembali ke padang. Dan Juventus akan membincangkan kedudukannya.
Perbincangan tentang penamatan kontrak itu dijangka akan dipersetujui kedua dua pihak. Dengan Juventus kelihatan tidak begitu memerlukan Pogba dalam pasukan mereka. Pada masa yang sama, faktor liabiliti gaji juga memainkan peranan penting.
Ejen Pogba merasakan bahawa penamatan kontrak adalah langkah yang akan menguntungkan semua pihak. Laporan dari UK menyebut, pemain itu dilaporkan sudah berminat untuk menyertai MLS.
🚨 Paul Pogba and Juventus, expected to agree on contract termination as he will become a free agent.
Talks to follow from tomorrow after CAS verdict, as Paul will be available from March.
Paul Pogba also feels a fresh start would be best solution for him and his career. pic.twitter.com/niTvAzRbzt
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 6, 2024
Pogba ketika ini memiliki rumah di Miami. Kelab paling dekat dengannya adalah Inter Miami yang diwakili Lionel Messi.
Beberapa tahun lalu Pogba pernah melabel Messi sebagai antara pemain yang dia hormati. Dan dia pernah meminta maaf kepada Messi pada 2018, ketika Perancis mengalahkan Argentina dalam saingan Piala Dunia.
Paul Pogba 🗣️: " I have never apologized to a player I defeated or a team in my life, until I apologized to Messi when we eliminated them in the 2018 World Cup. When the match ended, I greeted him and told him "Im sorry" . I apologized to him because he did not deserve to lose.… pic.twitter.com/HeAWOmZQlz
— Messi FC World (@MessiFCWorld) September 25, 2024
Pogba benar benar berminat menyertai kelab milik David Beckham itu. Tetapi ketika ini Inter Miami memiliki beberapa pemain digelar marquee player. Dan jika mereka mahukan Pogba, mereka perlu melepaskan pemain pemain bintang mereka yang ada.
Selain Inter Miami, Pogba juga berminat untuk menyertai Los Angeles Galaxy. Kelab yang sesuai dengan pemain yang sukakan kehidupan Hollywood.