Ejen kepada Paul Pogba, Mino Raiola menyatakan bahawa anak buahnya itu mahu kekal di United dan memenangi trofi, tetapi berharap agar kelab memberikan sokongan yang lebih kepadanya.
Raiola memberitahu tentang perasaan dan kekecewaan yang dialami oleh Pogba terhadap United, dan betapa beliau tidak akan sesekali ‘marah’ dengan Ole Gunnar Solskjaer atas rasa hormatnya kepada Ole.
Raiola mengesahkan bahawa Real Madrid ada mencuba untuk menandatangani Pogba ketika musim panas yang lepas, tetapi menegaskan bahawa pemain itu tidak akan pergi dan menentang hasrat pengurus United yang mahukan beliau untuk kekal.
Pogba kembali ke United dengan harga £89.3 juta pada 2016, empat tahun selepas meninggalkan United untuk ke Juventus, yang mana kekal sebagai antara yuran perpindahan tertinggi yang dibayar oleh kelab British.
“Saya rasa Paul benar-benar telah kembali ke ‘rumah.’ Dia boleh ke mana sahaja dia mahu, tetapi dia sentiasa mengutamakan ‘rumahnya’ di sini yang sentiasa dekat di hati.”
“Paul adalah seorang yang sangat sangat baik. Sebagai contoh, dia tidak akan mampu untuk berasa marah terhadap Ole kerana Ole melayan dia dengan sangat baik ketika mereka bermain bersama dahulu.” Kata Raiola.
Pogba, yang sekadar bermain enam perlawanan musim ini, telah mengalami kecederaan semenjak september yang lepas.
Perjalanan dia untuk kembali ke pasukan terpaksa ditangguhkan kerana kecederaan. Dia telah menghadiri majlis perkahwinan abangnya pada jumaat, dan mendapat pemeriksaan doktor pada sabtu, tetapi mereka mendapati simptom kecederaannya semakin parah.
Paul Pogba and hin brothers dey dance. 🕺🏾😂 #mufc pic.twitter.com/P8g8IdD4Vh
— Man United in Pidgin (@ManUtdInPidgin) December 19, 2019
“Paul ingin gembira dan berjaya, beliau ingin memenangi trofi, dan beliau sangat ingin melakukannya bersama United.” Kata Raiola lagi.
“Okay memang ada minat yang besar dari Real Madrid, tetapi United tidak membenarkannya pergi, dan kami tidak merungut tentang itu, dia juga tidak merungut tentang perkara itu, saya hanya melakukan kerja berdasarkan kemahuan pemain.” Tambah Raiola.
“Pemain lain mungkin akan mengamuk tetapi Paul bukan jenis yang begitu. Jadi saya bekerja dengan cara yang berbeza.”
“Real Madrid menunjukkan minat, tetapi United tidak membenarkan, dan Paul seperti kebanyakan rakyat Perancis yang lain sangat terpengaruh dengan Zidane yang merupakan watak penting untuk sejarah bola sepak Perancis.”
“Paul bukanlah seperti orang yang disebut oleh Gary Neville dan beberapa bekas pemain yang lain, yang mengatakan Paul harus malu tentang itu, harus malu tentang ini, harus malu untuk apa? Dia bekerja setiap hari untuk melakukan yang terbaik.”
“Dia tidak merungut walaupun tidak dapat bermain dalam Liga Juara Juara Eropah. Adakah dia sempurna? Tiada siapa yang sempurna.”
“Adakah dia bertanggungjawab atas kegagalan itu? Dia selalu merasakan itu. Jika anda berada di dalam pasukan, anda bertanggungjawab atas setiap kegagalan.” Ujar Raiola panjang lebar.
Satu isu yang mendapat perhatian Raiola ialah dia percaya United perlu untuk mendapatkan pengarah sukan, sesuatu yang diperkatakan oleh kelab tetapi masih tidak melaksanakannya sehingga kini.
“Kelab memerlukan pakar, seorang pengarah sukan, seseorang yang berada di antara pasukan, jurulatih, dan pemilik, seseorang yang mampu menghubungkan kesemua pihak.”
“Anda memerlukannya kerana pasukan kejurulatihan tiada masa untuk melakukan tinjauan bakat dan tugasan lain, dan saya rasa United kekurangan di bahagian itu.” Katanya.
“Sejujurnya, saya melihat Manchester United dan berpendapat mereka bermentaliti Amerika daripada Eropah. Maksudnya, kadang-kadang nampak seperti kelab sangat menitikberatkan soal ekonomi dari pasukan, itu adalah gaya pemikiran Amerika. Mereka memerlukan seseorang yang boleh menyatukan ekonomi dan pasukan.”
United dilihat semakin kehilangan identiti dengan gaya pemikiran yang sebegitu. “Pemain yang menguatkan pasukan, yang memenuhi setiap falsafah dan Manchester United dilihat masih tercari-cari falsafah sendiri.”
“Orang mengatakan saya benci Sir Alex Ferguson, saya tidak bencikan Ferguson atau Guardiola, saya tidak bencikan sesiapa. Saya ajar anak saya perkara yang sama, tiada kebencian. Kebencian tidak dibenarkan dalam hidup saya.”
Raiola dan Ferguson pernah bercakaran tentang isu yang melibatkan pemergian Pogba pada 2012, tetapi ejen itu mengatakan,
“Sekurang-kurangnya ketika Ferguson ada, anda boleh melihat pasukannya, bagaimana cara mereka bermain, pro aktif, dan pemain yang masuk akan sentiasa tahu membawa peranan ke dalam pasukan.”
Raiola percaya United tiada faktor itu ketika ini.
“Adakah pemain tengah lain yang terbaik dari Pogba ketika ini? Tiada! Jika anda membuat kesimpulan itu dan menjual Pogba, adakah anda akan mendapat yang lebih baik? Tidak! Tetapi jika anda mencipta identiti anda sendiri maka anda akan mendapati bahawa Paul adalah pemain yang ideal.”
.”Jika anda mahu bermain dengan dua pemain tengah bertahan, di mana Paul akan bermain? Di beberapa posisi.”
“Jadi, cipta identiti tentang bagaimana anda dan kelab mahu bermain, kemudian baru cari bahagian ‘lego’ yang anda perlukan.”
“Kemudian barulah senang untuk kata ‘jika kita bermain dengan 4-3-3 dengan satu pemain tengah bertahan, siapa pemain terbaik untuk diletakkan disini dan disana?’ Anda memerlukan perkara itu dengan jelas. Kelab besar memilih sistem dahulu, baru pemain. Bukan memilih sistem kerana pemain.”
“Klopp dan Guardiola sangat jelas tentang perkara ini. Mereka tahu apa yang mereka mahu. Mereka ada definisi dan identiti yang tersendiri. Jadi anda boleh tahu seseorang pemain itu sesuai atau tidak dengan kehendak mereka. Anda akan dengan mudah untuk mengatakan bahawa pemain ini untuk Klopp, pemain ini untuk Guardiola.”
“Sekarang beritahu saya pemain mana yang sesuai untuk Manchester United? Anda tidak akan tahu, kerana anda tidak faham apa definisi seseorang pemain yang diperlukan oleh mereka. Anda tidak tahu identiti mereka.” Ujar Raiola.
Seperti yang ditulis dalam The Telegraph;
https://www.telegraph.co.uk/football/2019/12/20/exclusive-paul-pogba-wants-stay-manchester-united-needs-support/