Calcio Mercato melaporkan bahawa Paul Pogba sebelum ini menerima tawaran rasmi daripada kelab yang menggelarkan diri mereka kelab pemuda pokai atau Broke Boys FC.
Nama tersebut sesuai dengan keadaan kelab tersebut yang tidak kaya dan pemain pemainnya cuma bermain untuk suka suka. Namun mereka sangat bercita cita tinggi mahu mendapatkan Paul Pogba.
Tawaran itu beberapa bulan selepas Pogba disahkan bersalah kerana penggunaan barang terlarang. Dia digantung 4 tahun pada masa itu. Sebelum hukuman itu dikurangkan kepada 18 bulan sahaja selepas rayuan dibuat di CAS.
Kelab tersebut tidak diiktiraf oleh FIFA. Jadi Pogba boleh bermain dengan mereka sebagai selebriti. Di mana kelab tersebut adalah kelab yang menghimpunkan para influencers dan selebriti.
Lagipun kelab tersebut berpangkalan di Rusia dan terpencil. Pogba dikatakan terkejut menerima tawaran itu namun dia tidak memperlekehkannya. Dia menolak tawaran itu secara profesional, sambil menegaskan bahawa dia masih menunggu keputusan mahkamah rayuan berkaitan kesnya.
Selepas itu Pogba menang kes di CAS. Dan dia akan dibenarkan beraksi pada Mac 2025. Pemain itu ketika ini sedang mencari penyelesaian isu masa depannya di Juventus.
Di mana dia mahu menamatkan kontraknya bersama Juventus atas persetujuan bersama. Pogba sebelum ini diancam oleh penamatan kontrak sebelah pihak oleh Juventus, ketika dia didapati bersalah. Dengan kelab menyatakan ianya satu kerugian untuk kelab mengekalkan Pogba jika dia digantung 4 musim. Dengan kontraknya di Juventus masih ada sehingga 2026.
Juventus juga menyatakan bahawa kesalahan Pogba itu berlaku di Amerika Syarikat dan di luar pengetahuan kelab.
Pogba kini sedia untuk menamatkan kariernya di Liga Utam Amerika Syarikat. Dengan kelab Inter Miami antara pilihannya kerana dia ada rumah di Miami. Selain itu Pogba juga berminat menyertai LA Galaxy yang memiliki polisi sangat terbuka untuk pemain selebriti.