Pogba menyatakan dia sudah sedia untuk bersara. Namun alasan utamanya adalah kerana abangnya yang terus berterusan mengganggu kehidupannya dan keluarganya.
Tahun lalu, abang Pogba membuat tuduhan liar menyatakan Pogba sebagai kuat main bomoh termasuk mahu menyantau Mbappe.
Tuduhan itu dinafikan Pogba, yang mengakui dia berdukun atas tujuan baik. Dia mahu kuat secara spiritual sambil menyatakan bahawa dukun yang dia gunakan adalah beragama Islam sahaja.
Abang Pogba iaitu Mathias menyatakan bahawa dia “hampir mati” kerana adiknya itu.
Mathias berkata bahawa rakan sepasukan dan penaja Pogba “layak mengetahui perkara tertentu”.
Pogba telah membalas kenyataan itu dengan memberitahu pihak berkuasa Itali dan Perancis bahawa sekumpulan gangster jenayah terancang yang melibatkan abangnya telah memeras ugutnya dengan sejumlah €13 juta.
FranceInfo menerbitkan cerita itu, yang memaparkan beberapa butiran yang agak sensasi dan mengejutkan.
Dan Mathias, telah bertindak balas dalam bebenang Twitter dengan menuduh adiknya berbohong kepada polis dan berniat jahat cuba menghantarnya ke penjara.
Selain itu, Mathias juga mendakwa dunia akan melihat bahawa “tiada orang yang lebih pengecut, pengkhianat dan hipokrit” lebih daripada bekas pemain tengah Manchester United itu.
“Apa yang saya jangka telah berlaku. Adik lelaki saya akhirnya mula menunjukkan wajah sebenar. Dia berbohong kepada polis dan mengeluarkan maklumat palsau, anda tidak boleh salahkan saya,” tulis Mathias di Twitter.
“Paul, kamu mahu menutup mulut saya untuk berbohong dan menghantar saya ke penjara. Saya mengesyakinya dan kini ia benar.”
“Versi fakta saya berlaku dan tidak seperti kamu, saya mempunyai cukup untuk membuktikan kata-kata saya dan pembohongan kamu. Saya akan memberitahu kamu sekali lagi: adik, memanipulasi pemikiran orang lain adalah perkara tidak baik!
“Ini bukan soal wang: Kamu yang libatkan saya [terlebih dahulu] dan saya hampir mati kerana kamu, di mana kamu tinggalkan saya dalam lubang seorang diri ketika kamu sedang melarikan diri dan kamu sekarang nak berpura-pura tidak bersalah.”
Il est pas question d'argent : Tu m'as impliqué malgré moi, j'ai failli mourir par ta faute, tu m'a laissé dans le trou en fuyant et tu veux faire l'innocent, quand tout sera dit les gens verront qu'il n'y a pas plus lâche, plus traître et plus hypocrite que toi sur cette terre.
— Mathias Pogba (@LeMathiasPogba) August 28, 2022
“Apabila segala-galanya diketahui umum, orang akan melihat bahawa tiada siapa yang lebih pengecut, pengkhianat dan hipokrit daripada kamu di bumi ini.”
Dalam temu bual dengan penyiasat, Pogba memberitahu mereka bahawa dia diugut oleh dua lelaki dengan menutup kepala mereka yang membawa senjata api di sebuah pangsapuri Paris pada Mac dan mereka menuntut dia menyerahkan dana €13 juta.
Lelaki terbabit dikatakan kawan zaman kanak-kanaknya yang percaya mereka berhak mendapat sebahagian daripada wang yang dinikmati Pogba ketika ini kerana melindungi pemain itu secara senyap senyap selama ini. Mereka meminta wang bayaran untuk perkerjaan melindungi Pogba.
Pogba pernah memutuskan hubungan persahabatan dengan seorang individu selepas mendapati dia menggunakan kad kreditnya untuk mencuri €200,000 dan menghalaunya keluar dari rumahnya di Manchester.
Pemeras ugut itu difahamkan telah muncul di tempat latihan Juventus bulan lalu dan Pogba, dengan nasihat peguam kelab, memutuskan untuk pergi ke polis.
Kumpulan itu didakwa mengugut untuk mencipta berita palsu bahawa Pogba meminta seorang bomoh untuk menyantau rakan sepasukan Kylian Mbappe – sesuatu yang dinafikannya sekeras-kerasnya oleh Pogba.
“Pendedahan Mathias Pogba baru-baru ini di media sosial malangnya bukan sesuatu yang mengejutkan,” kata Pogba dalam satu kenyataan.
“Ia datang selepas ugutan dan percubaan peras ugut oleh geng terancang terhadap Paul Pogba.”
“Ini telah dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan di Itali dan di Perancis sebulan lalu.”
Mathias Pogba kemudian ditangkap polis atas tuduhan pemerasan.
Namun ternyata Pogba masih digganggu oleh samseng yang dipercayai orang abangnya.
Paul Pogba berkata: “Wang boleh mengubah seseorang. Wang boleh memutuskan hubungan kekeluargaan. Wang boleh mencetuskan peperangan. Kadangkala, saya terfikir seorang diri: ‘Saya tak nak ada wang lagi’.”
“Saya dah tak nak main bola sepak lagi, Saya cuma mahu menjadi orang biasa, barulah mereka akan sayangkan saya, bukan sayangkan saya atas sebab kemahsyuran, bukan sebab wang. Kadangkala ianya sangat sukar.”
EXCL: Paul Pogba said that he considered retiring from football due to an alleged organized armed extortion attempt against him which involved his brother. pic.twitter.com/i4j2Lr9Z7O
— Vitalis Marioko (@VMarioko) September 11, 2023
Pogba digantung dan berdepan penamatan kontrak dari Juve
Pogba kemudian dikenakan penggantungan oleh Badan Anti Doping Itali kerana positif dalam ujiannya.
Fabrizio Romano melaporkan bahawa Juventus sudah dimaklumkan tentang perkara itu dan kelab itu sendiri mempertimbangkan untuk menamatkan kontrak Pogba yang masih ada baki 2 tahun lagi.
🚨 More on Pogba: Should the news about Pogba be confirmed, Juventus will negotiate a termination with the player, saving two years of his contract‼️(@SNavaTweet) pic.twitter.com/hj2HS6ONm0
— JuveFC (@juvefcdotcom) September 11, 2023
Dikenali dengan gaya permainannya yang kreatif dan lincah, Pogba tidak begitu menikmati kariernya di atas padang sejak kembali semula ke Juventus.
Dia sebelum ini dilanda kecederaan dan membuatkan dia banyak berehat pada musim lalu.
Ketika dia kembali semula sebelum Piala Dunia 2022, dia terus dilanda kecederaan sekali lagi di pusat latihan. Membuatkan namanya disisihkan daripada skuad Piala Dunia 2022 Perancis.
Pogba mahu bangkit pada musim ini. Dengan kelab pun berharap perkara yang sama. Malangnya, dia kini dirundung satu lagi masalah.
Dia gagal dalam ujian anti doping yang dijalankan secara rawak oleh Badan Anti Doping Kebangsaan Itali.
Dia diarahkan untuk digantung serta merta. Dan tempoh penggantungan itu akan diputuskan dalam masa terdekat, kerana Pogba masih akan diberikan peluang mempertahankan dirinya.