Pogba Pujuk Mason Greenwood Ke Juventus

Paul Pogba dilaporkan akan membantu Juventus memujuk Mason Greenwood agar menyertai kelab itu.

Masa depan Mason Greenwood di Man United masih tergantung tak bertali walaupun dia sudah digugurkan daripada pertuduhan keganasan rumah tangga.

Namun video bukti dia membelasah aweknya yang disahkan legit telah membuatkan Man United masih lagi mempertimbangkan masa depan pemain itu.

Di mana kelab telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa kelab Manchester United akan mengadakan siasatan internal ke atas kes tersebut.

Greenwood yang masih belum pernah beraksi sejak musim lalu, telah menjadi perhatian beberapa kelab besar lain.

Dia sebelum ini pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan England dan beraksi di China.

Hal ini kerana Greenwood sudah menjangkakan sambutan yang teruk akan dia terima di England selepas ini setiap kali dia beraksi.

Terbaru, Juventus sedia membawa pemain itu keluar dari England. Dan berharap pemain itu mempertimbangkan tawaran untuk beraksi di Turin.

Juventus dikatakan mahu mendapatkan pemain itu secara pinjaman terlebih dahulu.

Juve dijangka akan disaingi oleh AC Milan dan AS Roma.

Pogba akan memainkan peranan penting dalam usaha memujuk Greenwood ke Juventus.

Di mana mereka berdua pernah satu pasukan di Man United. Hubungan Pogba agak rapat dengan pemain itu.

Baca yang lain