Dustin Poirier mendedahkan bahawa Conor McGregor telah menghubunginya dan menyatakan komitmennya untuk menyumbangkan $500,000 kepada yayasan The Good Fight Foundation (TGF), sebuah badan amal yang dikendalikan oleh Poirier dan isterinya, Jolie.
Apa itu yayasan Good Fight?
Yayasan ini menggunakan platform MMA terutama sekali UFC untuk mengumpul dana kebajikan bagi membantu orang yang memerlukan.
Sebelum ini, Dustin dan Jolie telah melelong banyak sekali memorabilia, terutama sekali kit pertarungan kepada orang ramai bagi mendapatkan dana untuk yayasan itu.
Kejayaan terbesar pertama mereka sebelum ini adalah, berjaya mengumpul dana $5,000 ketika UFC 211, di mana Poirier berhadapan dengan Eddie Alvarez.
Wang itu telah membolehkan Poirier dan isterinya membeli lebih 3,000 makanan untuk disalurkan kepada bank makanan.
Seterusnya, Yayasan Good Fight juga berjaya mengumpul $4,000 hasil penjualan kit pertarungan oleh Poirier ketika berhadapan Anthony Pettis.
Wang disumbangkan kepada keluarga Koperal Michael Middlebrook, yang bekerja di Balai Polis Lafayette. Michael maut ditembak dengan senjata api.
Namun dalam aksi berdepan dengan Khabib Nurmagomedov, Yayasan itu mendapat publisiti paling meluas. Khabib secara terbuka memberikan sokongan dengan memakai t shirt poirier lalu melelongnya sendiri.
Dilaporkan Yayasan Good Fight ketika itu meraih dana sekitar $200,000. Separuh daripadanya adalah hasil daripada lelongan sehelai t shirt tersebut.
Poirier serta isterinya meluaskan lagi kebajikan mereka yang tidak terhad kepada di sekitar tempat mereka sahaja. Malah sampai ke Afrika.
Khabib menyifatkan Poirier sebagai seorang lawan yang harus dihormati dan dicontohi. Ini kerana Poirier sangat menghormati lawannya.
Khabib Nurmagomedov menyatakan beliau gembira pertarungan tersebut, dan menggambarkan pertarungan MMA sebenar yang penuh rasa saling menghormati.
Khabib sendiri bertekad mahu membantu yayasan kebajikan Dustin Poirier. Oleh itu Khabib meminta bertukar baju dengan Poirier kerana beliau mahu membantu menjual baju tersebut, dan wang itu akan disalurkan kepada yayasan kebajikan the Good Fight.
Khabib menyeru semua petarung UFC saling menyokong usaha murni yang dilakukan atlet UFC lain walaupun mereka musuh di dalam octagon.
Kemudian, menerusi twitter beliau, Dustin Poirier memberikan penghargaan kepada Khabib Nurmagomedov di atas pengalaman yang telah juara dunia itu berikan kepada beliau.
Dustin berkata: “Setiap yang berlaku itu ada sebabnya. Inilah pengalaman dan ianya unik sekali.”
“Terima kasih Khabib untuk satu lagi pengajaran hidup yang mencabar. Tiada alasan dan tiada apa yang dikesalkan.”
“Saya akan bawa ‘ketulan’ ini dan terus maju ke hadapan.”
Everything happens for a reason. This is my journey and it's unique. Thank you Khabib for another tough life lesson. No excuses no regrets. Gonna take my lumps and keep it moving. #paidinfull pic.twitter.com/ZHPIYfVey5
— The Diamond (@DustinPoirier) September 12, 2019
Giliran Conor McGregor menyumbang
Pada bulan November, Poirier memberitahu MMA Junkie bahawa dia membuka pintu kepada McGregor untuk tampil membantunya dalam kebajikannya termasuk membantu atlet sukan tempur.
Poirier meminta Conor membantunya untuk membina gym yang boleh digunakan generasi baharu yang berminat menjadi petarung profesional, namun tidak cukup wang untuk melabur pada gym.
Ada juga yang berdepan dengan pelbagai kesulitan untuk memasuki gym yang benar benar eksklusif untuk melatih atlet MMA.
Selain itu Poirier juga mahu menyediakan gym MMA yang boleh digunakan pelajar sekolah ataupun kolej yang terikat dengan pelajaran dan kerja rumah. Di mana mereka boleh memilih masa sesuai untuk mereka masuk ke gym.
McGregor kemudian menyatakan bahawa pihaknya akan menyumbang kepada TGF. Namun kem McGregor tidak langsung mendedahkan perkara tersebut, begitu juga dengan Dustin Poirier.
Dipercayai kem McGregor merasakan perkara itu tidak perlu dihebahkan kerana mereka menyumbang dengan ikhlas.
Poirier: McGregor insan pemurah
Ketika sidang media sebelum pertarungan Poirier mendedahkan bahawa pasukan McGregor telah menghubunginya dan bersetuju untuk menyumbang dana.
Reps from Dustin Poirier’s charity and Conor McGregor’s team both confirmed to me today that a $500,000 USD donation is in the process of being transferred from McGregor to Poirier’s @TheGoodFightFDN.
Promises made. Promises kept. Wholesome. #UFC257 https://t.co/YeCwJr46gw
— Mike Bohn (@MikeBohnMMA) January 23, 2021
“Saya tidak mahu membuatnya seolah-olah kita di sini saling ‘mengejar’ Conor [untuk mendapatkan wang], saya hanya ingin menjelaskan keadaan sebenar: pasukan Conor, McGregor Sport & Entertainment, sudah menghubungi saya dan mereka memulakan proses untuk sumbangan itu, ”kata Poirier.
“Jadi Conor McGregor, secara langsungnya, kamu akan menolong banyak orang dengan itu.”
Ketua Pegawai Eksekutif McGregor Sports & Entertainment Alan Geraghty kemudian mengesahkan komen Poirier kepada MMA Junkie, dan mengatakan bahawa Conor telah menghubungi isteri Poirier untuk memulakan proses pemindahan dana, yang akan berjumlah $500,000 ataupun sekitar RM2 juta.
Poirier sebenarnya tidak terkejut Conor McGregor akan menyumbang seperti yang dijanjikannya kerana dia tahu McGregor seorang dermawan. Namun siapa sangka sampai setengah juta kan?
Wang besar PPV
Sumbangan tersebut akan terbukti menjadi penanda aras penting bagi The Good Fight Foundation. Sebagai tambahan, Poirier telah menetapkan satu lagi tujuan amal di sekitar UFC 257, yang berlangsung di Etihad Arena di Pulau Yas. Di mana wang akan dijana melalui PPV yang sangat tinggi.
The Good Fight Foundation bekerjasama dengan The Boys & Girls Club of Acadiana untuk “membantu merapatkan jurang kejayaan akademik dengan menyediakan pengangkutan dan bimbingan” dalam apa yang disebut “Project Learn.”
Sebelum ini, yayasan amal Poirier ini termasuk membina telaga air untuk memperbaiki bekalan air yang hancur di rumah anak yatim dan sekolah di Uganda, membina taman permainan untuk keperluan khas kanak-kanak, menyediakan beg sekolah untuk lebih dari 500 pelajar sekolah, dan banyak lagi.
Namun usah Poirier sebenarnya masih tidak begitu dipandang dalam komuniti MMA. Sebelum kemenangan terakhirnya ke atas Dan Hooker di UFC pada ESPN 12 pada bulan Jun, Poirier diberi penghormatan dengan “Anugerah Komuniti Forrest Griffin” yang pertama untuk menghargai jasanya kepada komuniti.
Poirier menjelaskan sebelum UFC 257 mengapa bersedekah dan berkebajikan sangat bermakna baginya.
“Saya percaya adalah penting bagi seorang lelaki kerana dia cukup dewasa untuk mengenali keadaan dan kedudukan yang dia ada dalam dirinya,” kata Poirier.
.@DustinPoirier once again uses his fighting platform on Saturday to do good for the world through @TheGoodFightFDN. 🙏#UFC257 | @MikeBohnMMA's interview: https://t.co/dS91xREZXC pic.twitter.com/KBH1Gxokam
— MMA Junkie (@MMAjunkie) January 20, 2021
“Saya tidak mengatakan bahawa semua orang harus melakukannya, tetapi jika suara itu ada di dalam hati – menyatakan bahawa anda boleh menjadi suara untuk suara orang lain yang tidak didengar dan menjadi wakil dari sesuatu yang lebih baik, itu adalah pertempuran di atas segala pertempuran.”
“Kita semua melawan sesuatu. Ia memberikan sesuatu makna bagi saya secara peribadi. Saya tidak pasti orang lain macamana. “