Poirier Tuduh McGregor Scam Duit Derma, McGregor Cakap: “Sumbangan Bukan Hutang”

Petarung kelas ringan UFC, Dustin Poirier mendedahkan bahawa Conor McGregor masih berhutang dana amal kepada yayasannya, The Good Fight Foundation – seperti yang dijanjikan McGregor.

Kes panas tersebut timbul kerana The Notorious – McGregor, tidak pernah memberikan dana amal yang dijanjikan kepada yayasan Poirier setelah pertandingan ulangan kali kedua di UFC 257, Januari 2021.

Dikutip dari Bloodyelbow, Poirier beberapa kali bertanya mengenai dana amal sebanyak $500,000 yang dijanjikan, tetapi pihak McGregor dikatakan telah berhenti memberikan respons.

Menjelang trilogi keduanya di UFC 264 pada bulan Julai akan datang, Poirier tiba tiba menghebahkan masalah ini kepada umum melalui tweet di media sosial Twitter.

“Itu ramalan yang seronok Conor McGregor. Anda juga pernah meramalkan sumbangan untuk yayasan saya, dan anda dan pasukan anda berhenti memberikan respon setelah pertarungan pada Januari. Sampai jumpa lagi, 10 Julai [mesti] dibayar sepenuhnya,” kata Poirier.

Pada kesempatan itu, The Diamond juga bertindak balas terhadap tweet netizen yang menyebut keluhan mereka mengenai ‘hutang’ McGregor sebagai acara promosi untuk trilogi terhadap The Notorious.

Namun, perkara itu dibantah oleh Poirier, dengan mengatakan bahawa pihaknya sudah mula tertanya tanya, selepas 2 bulan pertarungan itu kerana McGregor tidak menghantar sumbangan.

Selepas berdiam diri, McGregor akhirnya membalas tuduhan Poirier. Petarung Ireland mengatakan bahawa yayasan Poirier tidak memberikan pencerahan yang jelas mengenai tujuan dana sumbangan McGregor.

McGregor yang panas menyatakan: “Sumbangan, bukan hutang. Kami sedang menunggu rancangan [pembahagian] wang [sumbangan itu dari pihak Poirier] yang masih belum diterima. Saya melakukan proses sama untuk semua wang sumbangan saya. Tahu ke mana ia pergi, titik demi titik. Jika tidak, wang itu tak akan keluar sama sekali,” kata McGregor.

Dustin pula menegaskan ianya agak pelik, kerana beliau memang cuba menjelaskan kepada pihak McGregor namun mereka tidak memberikan respon.

Poirier membalas: “100% bukan hutang langsung. Kamu yang tawarkan, kami terima, dan macam saya cakap, pasukan kamu tak pernah memberikan respon kepada email kami berkenaan dengan proses – di mana dana itu akan digunakan! 10 Julai ni, siap kau rasai kekalahan lagi.”

Seterusnya ejen kepada McGregor kemudian membidas tindakan Poirier sebagai teruk.

Audie Attar dari Paradigm Sports Management berkata: “”Dustin! Kenapa dengan kau ni?”

“Adakah kau sudah lupa pertemuan dengan kami secara bersemuka yang baru baru ini di Utah dengan keluarga kami? Di mana kami sentiasa berdiri di belakang kamu dan cuba mendapatkan lebih banyak wang dari UFC? Conor seorang yang sangat pemurah. Jangan nak rosakkan perniagaannya. Dia selalu akan melangsaikan segala hutangnya [kalau ada]. Ini adalah tindakan teruk dari seorang lelaki.”

Baca yang lain