Poknik Tiba Tiba Pertahankan Sancho

Dalam empat bulan lalu, Jadon Sancho telah memperoleh reputasi sebagai pemain yang tidak berdisiplin, tetapi salah seorang bekas pengurusnya di Manchester United berpendapat sebaliknya.

Jadon Sancho diketepikan daripada skuad utama United sejak tewas 3-1 kepada Arsenal pada September, dan peristiwa berikut menyebabkan dia tidak pernah bermain walaupun satu perlawanan pun sehingga dia pergi secara pinjaman.

Pengurus Erik ten Hag menyelar etika latihan pemain itu, yang kemudian dibalas pemain itu, dengan mendakwa dakwaan itu tidak benar dan menuduh pengurus berbangsa Belanda itu berbohong.

Kelab secara dalaman telah memutuskan bahawa dia harus diketepikan daripada skuad senior sehingga dia meminta maaf, tetapi dia tidak pernah melakukannya dan telah dipinjamkan kepada bekas kelabnya, Borussia Dortmund.

Manchester United dijangka mengalami kerugian berjuta-juta daripada potensi perpindahan Sancho ke Borussia Dortmund. Namun United tetap cuba sedaya upata meminumkan kerugian tersebut.

Kelab sanggup membayar sebahagian daripada gaji Sancho ketika pemain itu bermain untuk kelab lain.

Di sebalik kritikan ke atas Sancho sebagai pemain yang bermasalah, serta rekod dia pernah dikenakan tindakan di City dan Dortmund dahulu, Pakar taktikal dan pengarah bola sepak dari Jerman, Ralf Rangnick tampil mempertahankan pemain itu.

Rangnick mengendalikan United selama enam bulan selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat pada November 2021.

Bercakap kepada Sky Germany, Rangnick atau Poknik mendakwa dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah menguruskan penyerang itu dan secara tidak langsung membayangkan Ten Hag sebenarnya yang bermasalah.

“Dalam enam bulan saya bersamanya, tidak ada satu masalah disiplin pun yang dia timbulkan. Sebaliknya, dia seorang pemuda yang tenang dan menyenangkan,” katanya.

“Dia menikmati detik terbaik di Dortmund ketika dia menjadi pemain yang cergas. Dia sentiasa berjuang bersama saya. Dia tidak begitu semberono seperti mana dia di Dortmund. Itu mungkin kerana situasi yang melandanya.

“Ketika dia cergas, dia sentiasa bersedia bermain dan bermain baik sekali di bawah saya. Dia kemudian tidak memiliki peluang lagi di Man United. Dan kini dia akan kembali semula kepada rentak asalnya dan benar benar sedang membentuk dirinya kembali di Dortmund.

“Dari sudut ini, pertukaran angin yang dia buat adalah masuk akal,” jelas Poknik sambil menggulung rokok daunnya.

Sancho bukan satu-satunya pemain yang ada masala dengan Ten Hag. Cristiano Ronaldo telah disingkirkan dari kelab dengan penamatan kontrak atas persetujuan bersama selepas masalah dengan bekas pengurus Ajax itu.

Semasa temu bual hebat dengan penyiar British Piers Morgan, pemenang Ballon d’Or lima kali itu mendakwa dia tidak akan pernag lagi menghormati pengurus itu.

Menurut The Guardian, United membayar €100 juta untuk menandatangani pemain berusia 23 tahun, Jadon Sancho pada 2021 tetapi hanya akan menerima yuran pinjaman €4 juta juta sambil juga menampung sebahagian daripada gajinya di Jerman.

Sports Brief melaporkan mengenai Jadon Sancho yang tiba lewat untuk rawatan perubatan untuk melengkapkan perpindahan pinjaman enam bulan ke bekas kelabnya dari United.

Salah satu sikap pemain sayap Inggeris yang boleh dipersoalkan ialah kelewatannya, dan beberapa jam keluar dari England, dia membuktikan salah satu daripada sepuluh aduan Ten Hag mungkin betul.

Namun ada juga mempertahankan tindakan pemain itu dengan menyatakan bahawa mungkin itu berlaku kerna masalah dokumentasi.

Masuk Dortmund Je, 2 Kali Sancho Minta Maaf Dalam 3 Saat Kerana Kelewatan