Polis Abu Dhabi Viralkan Pesalah Trafik Menggunakan Twitter

Polis Abu Dhabi ada cara tersendiri untuk memberikan amaran dan kesedaran kepada pengguna trafik.

Ianya dilakukan dengan menunjukkan paparan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna di laman sosial.

Media sosial merupakan alat perhubungan terkuat pada ketika ini. Oleh sebab itu Polis Abu Dhabi mengambil inisiatif tersebut.

Pada 23 Disember yang lalu, Polis Abu Dhabi menggunakan akaun twitter mereka memuat naik video trafik yang memaparkan sebuah kereta SUV tidak mahu memberikan laluan kepada pejalan kaki yang melintas di lintasan belang (zebra crossing).

Sedangkan peraturan jalanraya di negara tersebut menyatakan bahawa kenderaan harus berhenti memberikan laluan kepada pejalan kaki yang menggunakan zebra crossing itu.

Malang sekali, SUV tersebut gagal mengikuti peraturan itu dan hampir melanggar pejalan kaki yang melintas jalan.

Malah, pejalan kaki itu pula yang terpaksa berhenti di tengah jalan untuk memberikan laluan kepada SUV itu lalu.

Di belakang SUV itu ada sebuah teksi yang mengikuti peraturan dan memberikan laluan kepada pejalan kaki untuk melintas di lintasan kuda belang itu.

Polis Abu Dhabi memberikan amaran dan memuat naik video itu sebagai kesedaran kepada pengguna jalanraya yang lain.

Mereka menyatakan kesalahan itu bermakna pemandu SUV itu akan disaman DHS500 ataupun sekitar RM563. Pemandu itu juga akan dikenakan 6 mata hitam.

Ada seorang pengguna twitter mencadangkan akan kerajaan membina lampu isyarat di kawasan lintasan seperti itu. Ini kerana memang ramai orang di Abu Dhabi keliru ataupun tak tahu akan peraturan seperti itu.

Polis Abu Dhabi meminta tuan yang mencadangkan perkara itu tampil menghantar cadangan rasmi ke pautan laman rasmi polis mereka.

Ada juga yang membuat aduan bahawa kawasan lintasan pejalan kaki memang bahaya kerana kesedaran para pengguna kenderaan termasuk motosikal.

Anda setuju dengan langkah Polis Abu Dhabi yang memaparkan kesalahan trafik di laman sosial? Takkan benda ni pun nak cakap human right dan privasi?

Sumber: MSN News

Baca yang lain