Polis Bergegas Ke Balai Bomba Minta Bantuan Kerana Tergari Tangan Sendiri

Seorang pegawai polis di UK terpaksa meminta bantuan daripada bomba dan penyelamat untuk membantunya mengeluarkan tangannya dari gari dia sendiri

Scott Renwick, merupakan polis berjawatan sarjan yang bekerja di pusat latihan polis. Dan dia tangannya tersekat dekat garinya sendiri.

Agak ironi kerana Scott Renwick merupakan jurulatih untuk pelatih baharu. Salah satu perkara yang beliau ajar adalah cara menggunakan gari.

Beliau sudah melakukan kerja itu bertahun tahun. Gari polis yang selama ini bukan masalah besar baginya – malah satu kepakarannya.

Tetapi hari itu gari telah menjadi masalah besar dalam hidupnya. Ini apabila, ketika sedang melakukan demonstrasi, tangannya tersekat pada gari itu yang tidak boleh dibuka.

Renwick bergegas ke balai bomba berdekatan untuk meminta bantuan dengan tangannya yang bergari.

Berdasarkan Tweet yang dimuatnaik balai bomba Northants Fire, ahli bomba di Northamptonshire, anggota bomba berjaya mengeluarkan tangan polis tersebut dengan memotong garinya.

Ianya dianggap insiden pelik dan jarang sekali berlaku.

Renwick turut berkongsi insiden itu di Twitternya

“Nampaknya, ia bukan permulaan hari yang bagus hari ini. Terima kasih kepada bomba Northamptonshire sebab membantu memotong dan melepaskan saya daripada gari yang rosak ini.”

“Tak kelakar. Saya pun gelak juga.”

 

Sejak daripada itu, akaun media sosial beliau meriah dengan komen.

Ada yang menyatakan mereka kasihan dengan Renwick dan meminta maaf kerana terpaksa gelak apabila membayangkan dia membawa dirinya dengan tangan bergari ke balai bomba untuk meminta bantuan.

Apalah reaksi pelatih polis yang akan mengadap Renwick selepas ini, dalam kelas belajar menggunakan gari.