Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat laporan polis berhubung dengan satu video yang ditukarkan oleh seorang peniaga burger.
PDRM mengecam kenyataan itu berbaur fitnah dan tohmahan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, laporan dibuat seorang pegawai polis susulan video tular pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’.
Dipetik dari dari Harian Metro, Shafa’aton berkata: “Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).”
“Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua Polis Selangor,” tegas beliau dalam satu sidang media pada hari ini.
Shafa’aton mengesahkan bahawa sepasukan polis telah membuat enam serbuan ke atas premis seperti yang ditukarkan itu.
Shafa’aton menambah: “Dalam serbuan berkenaan polis menahan dua lelaki warga Bangladesh selain merampas empat tablet dan wang tunai RM114.”
“Manakala lima lagi serbuan di tempat berlainan mendapati premis berkenaan tidak beroperasi, jelas ia adalah tohmahan,” katanya lagi.
“Apa yang ditularkan itu adalah fitnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.”
“Saya menyeru kepada orang ramai supaya menyalurkan kepada orang ramai maklumat-maklumat melalui saluran yang disediakan,” katanya.”
#sungaibuloh Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat laporan polis berhubung video dakwaan fitnah dan tohmahan yang ditularkan seorang lelaki semalam.https://t.co/EJp9vDqy5V
— Harian Metro (@hmetromy) August 9, 2020
Di media sosial telah tular beberapa video dimuat naik seorang pengguna Facebook yang mendakwa MBSA Double standard Dalam mengambil tindakan.
Di mana video tesebut turut memaparkan peniaga burger itu merakam beberapa kedai dan warung tepi jalan yang menjalankan perniagaan haram tanpa diambil tindakan.
Malah peniaga burger itu melampirkan bukti dia sudah beberapa kali membuat laporan tentang operasi premis judi di situ sejak beberapa bulan lalu lagi.
Pihak MBSA sudah memberikan komen tentang perkara itu.
Berikut kenyataan MBSA
ISU TULAR MBSA SITA BARANGAN PERNIAGAAN DI SUNGAI BULOH
Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam ingin mengulas video yang ditularkan berkaitan tindakan penyitaan terhadap barangan perniagaan yang telah dilakukan oleh anggota penguatkuasa dari Pejabat Cawangan MBSA Sungai Buloh.
Untuk makluman tindakan penyitaan tersebut diambil benkutan peniaga berkenaan meninggalkan peralatan perniagaan setelah selesai melakukan aktiviti perniagaan yang menyebabkan masalah lalulintas dan juga keselamatan pengguna jalan raya.
Sebelum ini, pihak MBSA telah memberikan teguran dan nasihat kepada peniaga berkenaan agar tidak meninggalkan peralatan selepas selesai melakukan perniagaan namun teguran tersebut tidak diendahkan.
Dalam tempoh dua bulan, pihak MBSA juga telah dua kali melakukan tindakan sitaan terhadap peniaga yang sama namun peniaga tersebut masih lagi melakukan kesalahan dengan meninggalkan barangan perniagaan di tepi jalan.
Di samping itu, di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini juga didapati peniaga tersebut juga berniaga di luar waktu operasi perniagaan yang ditetapkan melebihi pukul 12 tengah malam yang telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dalam operasi yang sama, pihak MBSA juga turut melakukan tindakan penyitaan ke alas satu lagi premis yang meninggalkan barangan perniagaan dan sebuah lagi premis perniagaan yang menjual barangan minuman dan rokok.
Tindakan sitaan ini diambil di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukkan 19 (Meninggalkan Barang Perniagaan Ditempat Awam) & Peruntukkan 3 (Menjaja Tanpa Lesen) serta Peruntukkan 42 (Kuasa Sitaan).
Berkaitan dengan dakwaan kewujudan premis perjudian, pihak MBSA akan bekerjasama dan membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan.
Tindakan selanjutnya akan diambil sekiranya siasatan mendapati dakwaan tersebut benar.
Pihak MBSA ingin menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk kakitangan MBSA sekiranya berlaku salah guna kuasa atau isu berkaitan integriti.
Tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan MBSA sekiranya didapati melakukan aktiviti yang menyalahi peraturan dan undang-undang.
Pihak MBSA juga ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya dapat menyalurkan aduan sekiranya ada maklumat berkaitan dengan salah laku kakitangan MBSA dengan melaporkan secara emel kepada [email protected] atau menelef on di talian 03-55105133 sambungan 1671.
Pihak MBSA juga amat kesal dengan tuduhan yang dilontarkan berhubung kejadian ini dan berharap maklumat ini dapat memberi penjelasan terhadap perkara yang sebenarnva vana berlaku.