Polis Hawaii Memburu Pencuri Durian Bernilai RM4,000

Jika di Malaysia kita seringkali mendengar luahan peminat tegar durian ataupun hantu durian kerana harga durian yang semakin mahal.

Bagi mereka, hobi memakan durian ini ibarat hobi geng RXZ yang dikenali dengan motto – Hobi kami mahal.

Namun mereka tetap membelanjakan wang untuk membeli durian kerana mahu merasai buah yang menjadi kegemaran mereka.

Sambil makan durian sambil lepak dengan member, fuhh.

Isu harga dan nilai durian yang mahal ini turut menjadi isu sensasi di luar negara terutama sekali negara yang tak ada durian.

Di Amerika Syarikat, Polis Hawaii sedang memburu penyamun buah yang mencuri durian bernilai keseluruhan sekitar $1,000 ataupun dalam lingkungan RM4,000.

Dua lelaki memasuki sebuah rumah mewah di Hilo di Big Island dan mengeluarkan 18 jenis buah durian dan beberapa jenis buah buahan tropika yang lain.

Yang paling mahal pastinya harga durian. Barang rare kot kat sana. Durian ni stok sudah nak dapat.

Kejadian kecurian itu dilaporkan berlaku pada malam 1 Februari, menurut kata Jabatan Polis Hawaii.

Pihak berkuasa juga sudah mengeluarkan imej kamera keselamatan yang memaparkan wajah dua orang suspek yang mereka gelar penyamun buah.

Polis kemudian meminta orang ramai untuk tampil jika ada maklumat tambahan bagi membantu penangkapan pencuri buah-buahan itu.

Durian dikenali dengan buahnya yang kuning pucat dengan rasa manis tetapi bau yang kuat. Mat Salleh ramai menganggap bau durian ni busuk.

Durian popular di Asia terutama sekali di Asia. Tetapi ia tetap diharamkan dibawa ke banyak hotel penginapan di Asia Tenggara, serta beberapa lagi premis.

Orang Malaysia menang sangat gilakan durian. Port port menjual dan makan durian sentiasa menjadi tumpuan dari pagi hingga ke larut malam.

Durian ini ada pelbagai jenis. Daripada durian kampung sampailah ke Musang King.

Setiap jenis itu memiliki rasa yang berbeza dan harga berbeza.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.