Di India polis mereka sudah mengambil banyak sekali inisiatif untuk menyedarkan rakyat yang betapa pentingnya kuarantin pada ketika.
Ada yang kena rotan di jalanraya kerana ingkar. Dan ada yang diarahkan ketika ketampi pun ada.
Namun begitu, masih ramai yang berpeleseran tanpa sebab yang penting. Ramai juga yang melakukan kesalahan berulang ulang kali.
Di India, negara yang memiliki penduduk kedua teramai di dunia itu telah menempatkan polis polis mereka di banyak tempat untuk mengawal penjarakan sosial.
Sekatan jalanraya dilakukan di banyak tempat pada setiap hari.
Malah di beberapa bandar besar di negara tersebut juga mengenakan perintah wajib memakai topeng muka kepada mereka yang keluar rumah.
Akibat masih ramai yang degil, maka sepasukan polis di Tirupur telah mengambil satu inisiatif baharu.
Di mana polis menangkap mereka yang melanggar peraturan kuarantin dan menyumbat mereka ke dalam van ambulan yang ada pesakit Cov19.
Sebenarnya pesakit yang ada di dalam tu adalah lakonan semata mata dan bukan pesakit Cov19 sebenar.
Mereka mahu melihat sejauh mana mereka yang tak peduli dengan perintah kuarantin ini benar benar tak takut dengan wabak.
Para pesalah yang sengaja keluar tanpa sebab yang munasabah telah ditarik ketepi dan dimasukkan ke dalam ambulan yang kononnya ada pesakit Cov19 dalam tu.
Dan apa yang berlaku ramai yang takut dan menggelupur.
Malah ada yang menangis, menjerit dan merayu rayu meminta maaf kerana tak mahu mati dijangkiti pandemik.
Mereka sangat ketakutan dan ada yang melarikan diri serta melompat keluar dari ambulan kerana takut dijangkiti.
https://twitter.com/AakashKaSunapun/status/1253574181674872834?s=09
Ada yang menutup muka mereka dengan baju untuk mengelak terkena kontak dengan virus.
Ada juga yang mengesyaki polis sengaja menakut-nakutkan mereka. Namun perasaan lebih takut kepada wabak membuatkan mereka juga tak nak ambil risiko dan tidak mahu diletakkan di dalam van itu.
Walaupun selepas itu ramai yang tahu bahawa tindakan polis itu hanyalah gimik. Tetapi mesej dia adalah jelas, semua orang takut dengan wabak tersebut.
"There can be #coronavirus anywhere, that's why govt, police are repeatedly requesting people to #StayHome #WearAMask while coming out," says a #Tiruppur Police officer, also informing, the person inside IS NOT a #COVID (+ve) patient but a commoner.
The fear in the youth's eyes! pic.twitter.com/VyjUGkMn8F
— Apoorva Jayachandran (@Jay_Apoorva18) April 24, 2020
Oleh itu, hendaklah sentiasa berada di rumah.