Polis Sahkan Fatah aka Lucinta Luna Baru Menjadi Perempuan Sejak 3 Bulan Lalu

Kepala Bidang Hubungan Masyarakat Polis Daerah (KABID HUMAS POLDA) Metro Jaya, Komisaris Besar Polis, Yusri Yunus mengesahkan bahawa penyanyi transgender, Lucinta Luna sudah sah sebagai wanita dari segi status.

Yusri Yunus mengesahkan perkara itu ketika sidang media di Balai Polis Metro Jakarta Barat, hari ini. Beliau menjelaskan kepada wartawan tentang bagaimana Lucinta boleh menjadi wanita daripada seorang jantan.

Lucinta kantoi

Lucinta Luna sebelum ini ditahan polis kerana kantoi mengambil dadah jenis ecstasy di apartmen miliknya bersama dengan beberapa lagi rakannya.

Lucinta Luna yang pernah muncul bersama dengan Datuk Alif Syukri dan Sajat dalam lagi Bobo Di Mana itu ditangkap dan dibawa ke balai polis di Jakarta.

Namun masalahnya, ketika hari tangkapan pak polisi tak pasti yang sumbat si Lucinta ni kat penjara mana, lelaki atau perempuan?

Lucinta Luna didapati positif barang terlarang bersama beberapa rakannya. Dan kesemua mereka ditahan

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun, berkata: “Nak letak mana ni? Sel [lokap] perempuan atau lelaki, kami belum dapat pastikan, penahanan masih di ruang penyelidikan [bilik siasatan].”

Menurut laporan oleh media tempatan, Lucinta atau nama sebenarnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada 1.30 pada pagi Selasa.

Dia ditahan bersama-sama dengan tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan satu pasangan suami isteri.

Pihak polis telah menemui beberapa pil ecstacy di apartmen milik Fatah aka Lucinta. Ketika ditahan, Lucinta menggunakan topeng muka dan bersahaja sahaja.

Lucinta Luna merupakan penyanyi yang pernah bergabung dalam kumpulan Duo Luna. Kariernya seninya lebih banyak dibantu oleh kontroversi.

Sementara menentukan jantinanya, pihak polis menyumbat Lucinta ke dalam penjara perempuan. Namun dia dijel berseorangan.

Polis tidak mahu Lucinta Luna dibuli oleh banduan yang lain jika ditempatkan di penjara lelaki.

Pada masa sama, tidak dapat memenjarakannya di penjara perempuan  bercampur dengan perempuan lain, kerana dia lahir sebagai lelaki.

Indonesia sahkan Lucinta perempuan

Dan hari ini kekusutan tentang status jantina Lucinta terlerai juga.

Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan bahawa Lucinta Luna sudah diterima sebagai wanita sejak Disember 2019.

Lucinta dilaporkan sudah memohon menukar jantinanya dan ianya sudah diterima.

Yusri Yunus berkata: “Lucinta Luna sudah diperakui sebagai seorang wanita sejak Disember 2019,” katanya.

Itu bermakna Lucinta Luna baru 3 bulan menjadi wanita berdasarkan perundangan.

Selain daripada Lucinta aka Fatah, ‘teman lelakinya’ yang convert bebird juga kemudian disahkan polis sebenarnya adalah perempuan.

Lucinta Luna kini akan didakwa sebagai pesalah wanita. Lucinta Luna berhadapan dengan pertuduhan berat kerana penggunaan dadah ataupun narkoba.

Indonesia antara negara yang memiliki undang-undang kesalahan dadah yang berat.

Macam – macam la diorang ni.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan