Polis Sahkan Penyokong Napoli Mati Meraikan Scudetto Kerana Terkena Tembakan Pistol

Menunggu 33 tahun untuk Scudetto pertama sejak 1990 sepatutnya menjadi detik sangat menggembirakan untuk bertahun tahun akan datang.

Namun seorang penyokong hanya sempat meraikannya beberapa jam sebelum dia meninggal dunia kerana terkena tembakan.

Ianya berlaku kerana ada penyokong yang meraikan kejayaan itu dengan membawa pistol.

Kejadian itu berlaku kira kira 12 tengah malam semalam. Ketika Napoli meraikan kejuaraan Serie A.

Napoli berjaya bergelar juara Serie A musim 2022/23 selepas mencatat keputusan seri dengan Udinese. Ianya sudah cukup untuk mereka.

Bandar Napoli diterangi cahaya bunga api dan pesta sepanjang malam. Namun di sebalik kegembiraan itu terselit tragedi.

Di mana seorang penyokong Napoli maut kerana tembakan.

Insiden berlaku di Gribaldi. Tembakan pistol itu terkena 4 orang pemuda. Dan salah seorang daripadanya yang baru berusia 26 tahun maut di hospital pada pagi esoknya.

Berita itu membuatkan beberapa lagi kumpulan lelaki lain menyerang hospital dan merosakkan harta benda di jabatan kecemasan.

Tindakan mereka dikecam oleh warganet di Itali yang menganggap mereka jenis tak reti berterima kasih dengan petugas hospital yang sudah bertungkus lumus cuba menyelamatkan nyawa kawan mereka.

Polis masih menyiasat lebih lanjut insiden itu. Kerana terdapat beberapa kemungkinan ketika ini.

Buat masa ini, polis mendengar saksi menyatakan ada seorang lelaki – mungkin dari kumpulan yang sama – telah menembak secara rawak pistol sebagai tanda keraian dan terkena pada rakannya.

Polis turut tidak menolak kemungkinan insiden itu adalah rompakan. Terdapat 7 kelongsong peluru dijumpai di tempat kejadian.

Selain insiden meragut nyawa itu, terdapat juga 200 lagi penyokong yang cedera dalam keraian tersebut.

Itulah jadinya apabila keterlaluan meraikan sesuatu. Berpada padalah dalam semua perkara.