Polis Sepanyol Guna Drone, Membebel & Sound Mereka Yang Degil Keluar Rumah

Di Sepanyol, mereka sekarang ni pun tengah di fasa kuarantin dan kawalan pergerakan

Sepanyol mengumumkan negara mereka darurat kesihatan pada hari Jumaat minggu lalu.

Kesemya aktiviti sukan, aktiviti, riadah, aktiviti di luar rumah adalah diharamkan sama sekali ketika ini.

Selain itu, Business Insider juga melaporkan bahawa kesemua perjalanan keluar masuk ke negara tersebut hampir kesemua dibatalkan.

Rakyat Sepanyol diarahkan untuk menjarakkan diri / social distancing. Mereka diarahkan untuk terus duduk dalam rumah untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Tetapi macam biasalah, ramai juga manusia ni yang tak reti duduk diam di rumah.

Dengan peningkatan kes COVID-19 di Sepanyol, polis telah memperbanyakkan lagi rondaan.

Dan mereka turut menggunakan bantuan drone untuk meronda. Metod yang sama digunakan oleh China sebelum ini.

Selain daripada megarahkan rakyat mereka pergi duduk rumah, China juga menghebahkan informasi terkini berkenaan dengan COVID-19.

Polis Spain bebel guna drone

Tertular satu footage di mana polis Sepanyol telah membebel dekat mereka yang degil menerusi perhubungan radio yang dipasang pada drone.

Kejadian itu berlaku di sekitar Madrid. Di mana Polis telah membebel mereka yang ada di taman awam untuk segera balik ke rumah masing masing.

Polis Sepanyol telah menggunakan drone secara aktif untuk meronda di kawasan kawasan lorong dan jalanan

Negara yang memiliki 47 juta penduduk itu antara negara yang terawal di Eropah diserang oleh Koronavirus.

Polis menggunakan drone untuk membebel dan sound terus mereka yang tidak mendengar arahan kerajaan.

Mereka meminta kesemua orang mengikuti panduan dan perintah kuarantin oleh kerajaan. Boleh tahan ramai juga yang degil.

Inni cara terbaik ketika ini untuk mengurangkan impak wabak – ketika dunia sedang mencari vaksin untuk COVID-19.

Mungkin Malaysia harus menggunakan drone untuk membebel dekat orang kita yang degil selepas ini. Kalau boleh lantik Azwan Ali untuk menjadi pegawai khas membebel dengan drone.

Di Malaysia pun, polis kita dah tak tau nak cakap apa dah ni. Ada juga yang terpaksa membebel macam abah abah dah kepada mereka yang degil ni.

Atau mungkin Sepanyol boleh gunakan suara Azwan Ali untuk kegunaan mereka buat masa ni? Versi Spain?

Koronavirus merupakan wabak yang tersebar dan berjangkit menerusi sentuhan. Oleh sebab itu social distancing sangat penting ketika ini.

Di Malaysia, kerajaan terpaksa melanjutkan lagi perintah kawalan pergerakan 2 minggu lagi daripda sebelum ini.

Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia akan berakhir pada 14 April 2020. Kerajaan menyatakan mereka sudah mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan negara.

Ianya diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini.

Bertabahlah semua. Kita semua dalam kesulitan sekarang ni. Stay At Home / duduk di rumah untuk menyelamatkan nyawa.