Antony kini berdepan dengan dakwaan salah laku keganasan domestik. Iaitu memukul, mencederakan dan mengugut bekas teman wanitanya.
Penerbitan di Brazil mendedahkan bahawa Gabriela Cavallin yang berpacaran dengan Antony pada 2022 telah mengemukakan bukti di mana dia dibelasah oleh Antony sehingga cedera.
Cavallin – seorang DJ – turut meminta polis memberikan perlindungan segera kepadanya dan keluarganya kerana kes ini melibatkan bintang terkemuka. Dia bimbang keselamatannya terancam.
Menurut laporan Globo Esporte di Brazil, Cavallin membuat laporan polis di Sao Paulo.
Dia turut menunjukkan beberapa siri mesej ancaman dan ugutan daripada Antony.
Buat masa ini, polis masih menyiasat kes tersebut untuk mengesahkan kesahihan dakwaan itu.
Antony dan ejennya masih tidak berminat mengulas perkara tersebut.
Wanita itu mahu Antony dikenakan tindakan undang undang di atas perbuatannya.
Laporan yang sama menyebut, Antony memukul Cavallin pada 20 May 2022, pada hari Antony bermain untuk Man United ketika menentang Bournemouth.
Jika didapati bersalah Antony mungkin akan berdepan risiko kehilangan kontraknya di Man United.
Manchester United sangat tegas dalam isu melibatkan salah laku pemain. Sebelum ini Mason Greenwood, walaupun sudah digugurkan pertuduhan oleh teman wanitanya, kelab itu masih lagi menggantung pemain itu daripada tugasan.
Antony merupakan pemain yang menyertai Man United dari Ajax atas kehendak Erik Ten Hag. Dia juga merupakan pemain kebangsaan skuad Brazil.
Ten Hag when he had to deal with Ronaldo's ego, Greenwood's future, Glazer ownership, De Gea in big games, No striker the entire season, Maguire's existence, double injury to Varane & Martinez, Sancho's depression and now Antony charges : pic.twitter.com/goeL2eBOvr
— Pulkit 🔰 (@Oletrain) June 6, 2023
Pada Jun 2022, bekas teman wanitanya telah memberitahu media bahawa dia mengalami keguguran. Namun buat masa ini, tiada lagi sebarang dakwaan menyebut bahawa ianya ada kaitan dengan keganasan rumah tangga dilakukan Antony.
Apa yang pasti kes ini masih di dalam siasatan. Antony dan Man United masih belum memberikan komen tentang laporan ini.
Manchester United winger Antony has been accused of assault by his ex-partner Gabriela Cavallin with a police report being filed against the Brazilian.
She alleges that Antony assaulted her on May 20th. The report is said to include photographs of abrasions and threatening… pic.twitter.com/ShAzuhwOHm
— Football Talk (@FootballTalkHQ) June 6, 2023
Antony melalui musim yang agak turun naik di Man United pada musim ini. Prestasinya tidak konsisten. Namun pada fasa akhir musim 2022/23, dia kembali ke prestasi yang baik. Malangnya dia dilanda kecederaan.