Polis Uganda Tahan Penyokong Arsenal Yang Meraikan Kejuaraan Liga Sebelum Musim Berakhir

Dalam satu kejadian pelik, sekurang-kurangnya lapan penyokong Arsenal telah ditahan di bandar Jinja, Uganda selepas meraikan kemenangan kelab itu menentang Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris pada Ahad lalu.

Para peminat memakai jersi merah kelab dan membawa trofi simbolik bahawa mereka sudah menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

Mereka kemudian mengarak piala tersebut bersama sama dengan kumpulan peminat Arsenal lain di sekitar bandar.

Namun tindakan yang dianggap hanya gimik itu telah dianggap satu kesalahan serius oleh polis.

Polis berkata mereka tidak mempunyai permit untuk mengadakan perarakan yang merupakan satu kesalahan ketenteraman awam.

Arsenal menjaringkan gol dramatik pada minit akhir untuk menang 3-2 dalam perlawanan menentang musuh tradisi mereka, Manchester Unietd..

Keputusan itu memberikan Gunners pendahuluan selesa lima mata di puncak carta, memberi harapan kepada peminat Arsenal di seluruh dunia bahawa kelab itu boleh menamatkan penantian selama 19 tahun untuk memenangi Liga Perdana Inggeris.

Peminat Arsenal dalam perjalanan dalam konvoi lima kenderaan pada pagi Isnin apabila mereka dipintas oleh polis.

Salah seorang daripada mereka membawa trofi yang dibeli di kedai alatan sukan di kawasan tersebut.

“Saya tidak tahu apa yang telah kami lakukan tetapi kami hanya meraikan kemenangan kami ke atas pesaing Manchester United,” kata peminat Arsenal Baker Kasule, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Daily Monitor tempatan.

James Mubi, ketua polis daerah yang juga seorang peminat Arsenal, memberitahu BBC dia tidak tertanya-tanya mengapa mereka meraikannya sedangkan hanya separuh daripada perlawanan musim ini telah dimainkan.

Mereka boleh menimbulkan kegentaran kepada orang awam di atas tindakan mereka itu.

Dia juga menyatakan bahawa, polis bertindak kerana risau berlaku kekecohan antara penyokong Arsenal dan Manchester United kerana perarakan itu.

“Apa yang akan berlaku jika pertengkaran dengan peminat seteru tercetus? Mereka tidak memaklumkan polis atau memohon permit untuk menyediakan kawalan keselamatan untuk perarakan mereka,” kata Mubi.

Mubit kemudian menolak dakwaan bahawa penangkapan itu dikaitkan dengan kesilapan polis yang tersilap menangkap penyokong Arsenal.

Ini kerana polis kerap menangkap penyokong parti pembangkang yang kerap melakukan perhimpunan haram dengan memakai baju warna merah.

Baca yang lain