Politician Korea Ini Desak Parlimen Kecualikan BTS Dari Latihan Ketenteraan Seperti Son Heung Min

Seorang ahli parlimen di Korea Selatan iaitu Noh Woong-rae, daro Parti Demokratik di Korea Selatan, mengatakan bahawa ahli BTS superstar K-pop harus diberikan layanan istimewa dalam latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada semua wargengara lelaki.

Alasan pak menteri itu adalah: “Mengapa boleh untuk Son Heung-Min tetapi tidak untuk BTS?” kata Noh dalam wawancara radio dengan CBS.

Son Heung-Min adalah kapten pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan yang bermain sebagai pemain sayap atau penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur di England.

Son mendapat pengecualian dari wajib menyertai latihan ketenteraan pada bulan September 2018, ketika pasukan kebangsaan Korea mengalahkan Jepun untuk memenangi pingat emas di Sukan Asia.

Namun Son tetap diminta hadir ke dalam sesi latihan khas selama 3 minggu sahaja. Sedangkan syarat wajib adalah 2 tahun.

Noh menegaskan jasa BTS kepada Korea Selatan adalah setaraf dengan Son Heung Min dan bekas bekas atlet dan tokoh lain yang pernah mengharumkan nama Korea Selatan – dan diberika pelepasan khas.

Selain daripada itu, Noh meminta Parlimen memberikan kebenaran BTS menjalankan tugasan alternatif tetapi bukan mengarahkan mereka masuk ke dalam kem tentera. Ini kerana Noh risau ianya akan mengganggu BTS dalam karier mereka.

“Biarkan mereka menjalankan tugas lain tetapi dengan cara yang menguntungkan kepentingan nasional,” kata Noh.

Anggota parlimen pada hari Isnin telah membangkitkan isu itu dan bersidang untuk membincangkan isu tersebut.

Noh berkata: “BTS telah memberikan kesan ekonomi sebanyak 1.7 trilion won dengan mengungguli carta Bilboard. Bahkan tidak mungkin untuk kita mula menganggarkan nilai yang mereka berikan kepada negara dari segi mempromosikan ‘Hallyu’ dan meningkatkan prestij negara kita,” kata Noh ketika mesyuarat dewan tertinggi Parti Demokrat.

Hallyu adalah istilah untuk populariti global budaya pop Korea Selatan, seperti muzik dan rancangan TV.

Noh mencadangkan operasi jawatankuasa kajian bebas untuk mempertimbangkan sama ada BTS layak untuk mendapat layanan istimewa.

Dia juga mengesyorkan menggunakan kumpulan itu dalam promosi nasional, seperti membantu memberikan kesedaran kepada dunia tentang kedaulatan Korea Selatan atas beberapa pulau di timur Dokdo di Laut Timur.

Kim Jong-Cheol, calon pemilihan kepemimpinan dalam Parti Keadilan progresif kecil, menentang cadangan layanan istimewa kepada  BTS itu.

“Anggota BTS sendiri telah berulang kali menyatakan bahawa mereka akan menjalankan tugas ketenteraan mereka dengan tekun.”

“Ia juga boleh menimbulkan kontroversi yang tidak perlu – mengenai keadilan di bagi pemuda yang lain,” tulis Kim di laman Facebooknya.

Kim mencadangkan untuk memulakan perbincangan untuk mengurangkan tempoh perkhidmatan mandatori kepada enam hingga lapan bulan sambil memperkenalkan program pendaftaran sukarelawan untuk meningkatkan program kerjaya ketenteraan di negara mereka.

Di Korea Selatan, semua lelaki yang cukup syarat, berusia antara 18 dan 28 tahun diperintahkan untuk mendaftar dan berkhidmat di sana selama kira-kira dua tahun untuk memperkuat pertahanan nasional terutama sekali untuk berwaspada ancaman Korea Utara.

Berdasarkan undang-undang tersebut, tentera negara itu menawarkan layanan istimewa, seperti pengecualian atau penggantungan, kepada atlet dan pemuzik klasik, pemenang anugerah antarabangsa, dan beberapa tokoh dari bidang lain kerana peranan mereka dalam meningkatkan reputasi Korea Selatan di luar negara.

Pengaruh budaya K-pop dan Korea Selatan yang semakin meningkat di seluruh dunia. Jadi, ramai ARMY yang menyokong cadangan itu dan berharap BTS menjadi pencetus kepada pengecualian di kalangan artis yang masih aktif,

Sementara itu, pada bulan Februari, anggota BTS menyatakan bahawa mereka menganggap tugas ketenteraan sebagai sesuatu yang harus dilaksanakan dengan jelas dan mereka akan menjawab panggilan tugas setiap kali negara mahu mereka mendaftar.

Ramai mengelak

Bekas penyanyi Korea-Amerika Yoo Seung-Joon juga dilarang memasuki Korea Selatan sejak 2002 kerana memutuskan untuk melucutkan kewarganegaraan Korea untuk mengelakkan berkhidmat dengan tentera.

Sebelum ini rappers MC Mong tidak menghadiri latihan khidmat negara ini atas alasan mencabut gigi.

Beliau dihadapkan ke mahkamah dan dihukum penjara 6 bulan, 1 tahun probasi dan khidmat masyarakat kerana melengah-lengahkan penyertaan dalam program tersebut.

Penyanyi popular Yoo Seung Jun sanggup sebelum ini sanggup menukar kerakyatan beliau gara-gara mahu mengelak latihan ini. Ini kerana beliau perlu terus berada di dunia luar demi karier.

Bekas pemain Arsenal Park Chu Yong terpaksa menukar kewarganegaraan beliau untuk menjadi penduduk tetap Monaco kerana tidak mahu menyertai program tersebut yang boleh mengganggu pembangunan karier bola sepak beliau.

Pengecualian dan pengurangan tempoh latihan melibatkan pemain bola sepak

Pengecualian ataupun pengurangan tempoh latihan boleh diberikan atas syarat-syarat khas ataupun pencapaian istimewa mereka dalam mengharumkan nama negara.

Sebelum ini, pemain Swansea City Ki Seung Yueng terpaksa balik ke Korea Selatan dan tidak bermain perlawanan terakhir Swansea.

Ki perlu balik untuk menyelesaikan latihan 4 minggu. Ia kelonggaran diberikan oleh kerajaan Korea Selatan kerana Ki sebelum ini membantu Korea Selatan memenangi pingat perak di Sukan Olimpik London 2012.

Sebelum itu, Park Ji Sung dan Lee Yong Pyo dikecualikan daripada latihan khidmat negara kerana mereka berada dalam skuad yang mara ke separuh akkhir Piala Dunia 2002.

Dan paling popular pastinya Son Heung Min yang hampir dihantar Safawi Rasid dan rakan rakannya ke kem tentera ketika Sukan Asia.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai