Porto sedia untuk membatalkan tawaran kontrak bekas pemain Newcastle iaitu Chancel Mbemba kerana disyaki melakukan penipuan umur.
Pemain asal DR Congo itu akan tamat kontrak pada akhir musim ini menurut outlet media Portugis iatu Corriere de Manha. Porto yang awalnya suah bersedia menawarkan kontrak baharu, kini menukar pendirian mereka untuk tidak melakukannya.
Porto kini tidak pasti berapakah umur sebenar Mbemba. Di atas kertas, dia berusia 27 tahun. Namun kini kelab mengesyaki dia sekurang kurangnya 5 tahun lebih tua daripada usia tersebut.
Pada 2013, CNN melaporkan bahawa Mbemba ada 4 surat beranak yang berbeza rekod tarikh lahir dari 1988 sehingga 1994.
👀
FC Porto are set to fire former Newcastle defender Chancel Mbemba for age cheating. An investigation into the DR Congo player has revealed he has FOUR different birth dates 😳 He's at least 33 and NOT 27 as his current documents say. pic.twitter.com/d0KWLClNCA
— Soccerzela (@soccerzela) January 21, 2022
Dua kelab pertamanya di Congo mendaftarkan pemain itu lahir pada 1988.
Namun ketika kelayakan Piala AFCON 2011, usianya tiba tiba ditukar dan 3 tahun lebih muda, didaftarkan sebagai pemain yang lahir pada 30 November 1991.
Kemudian ketika menyertai Anderlecht, tercatat tarikh lahirnya adalah 8 Ogos 1994. Bermakna ketika dia menyertai Newcastle pada 2015 dengan harga £7.5 juta, Mbemba ketika itu didaftarkan berusia 21 tahun. million move in 2015.
Untuk menjadikan keadaan lebih buruk. Dalam satu temuramah, Mbemba menyatakan bahawa dia lahir 1990. Dia sendiri pun tak pasti dah, mana satu tarikh lahir dia. Selepas itu dia melakukan pemeriksaan tulang untuk mengesahkan dia lahir pada 1994, sebelum dia datang ke England.
sobre o mbemba o porto que não venha dizer que só agora soube porque nesta notícia de 2015 já se falava nisso. pic.twitter.com/t3x3pY2tsX
— Pablo (@Pablojs93B) January 20, 2022
Mbmba berkata: “Saya ada rekod ujian tulang dan semua kawan saya tahu usia saya, keputusan ujian itu mengesahkan usia sebenar saya. Saya datang untuk bermain bola sepak, tiada isu salah informasi.”
“Banyak yang sudah diperkatakan tentang tarikh lahir dan usia saya yang sekejap lain sekejap lain. Saya sudah membuktikan kebenarannya.”
“Orang di Afrika kenal saya dan keluarga saya. Kawan kawan saya dan semua yang kenal Chancel Mbemba, mereka semua tahu saya lahir 8 Ogos 1994. Itu sahaja.”
“Kadangkala ada orang Afrika, apabila mereka melihat orang Afrika lain berjaya, mereka akan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kejayaan dan karier orang tersebut.”
“Saya bukan jenis manusia macam itu. Saya ada kawan dan keluarga dan saya tidak pernah memikirkan tentang merosakkan periuk nasi orang lain walaupun di dalam hati atau otak saya.”
“Perkara yang saya fikirkan adalah bermain di atas padang, itu yang paling penting.”
9 tahun lalu, FIFA melakukan siasatan ke atas FA Congo berkaitan usia Mbemba selepas dilaporkan menukar tarikh lahir dari 1988 kepada 1991 untuk membolehkan dia bermain di bawah pasukan B-23 bagi skuad Olympic 2012 di London.
Mbemba bermain 59 kali untuk Newcastle sebelum berhijrah ke Porto dan sudah bermain lebih 100 perlawanan.
AC Milan antara kelab yang mahukan Mbemba pada ketika ini. Namun selepas mendengar kontroversi usianya, AC Milan dilaporkan sudah kurang berminat dengan pemain itu,
🚨 Mbemba 🇨🇩 is set to leave FC Porto because of age issues. The club suspects that the player is actually 33 and not 27.😬 #FCPorto
(via @cmjornal) pic.twitter.com/WVeOvbNiv7
— Football Transfers (@Transferzone00) January 21, 2022
Kes ini mengingatkan kita kepada kes bekas pemain Lazio yang awalnya didaftarkan sebagai pemain remaja 17 tahun. Namun kemudian telah disyaki berusia 42 tahun.
Joseph Minala merupakan pemain remaja yang pernah menggemparkan Itali dan peminat bola sepak di seluruh dunia. Di mana dia ditandatangani oleh Lazio pada 2014.
Setahun kemudian Minala bermain untuk skuad B-20 Cameroon. Beliau membuat dua penampilan untuk pasukan remaja Cameroon. Namun selepas itu tidak pernah dipanggil lagi.
Pada April 2018, Minala yang ketika itu dikatakan berusia 17 tahun telah membuat debut untuk Lazio.
Namun terdapat keraguan pada usianya. Lalu ada pihak dti Itali melancarkan siasatan ke atas maklumat sebenar pemain itu. Hasil siasatan mendapati beliau sudah berusia 42 tahun. Bermakna, 25 tahun terlajak daripada usia dia didaftarkan.
Namun begitu, Minala menegaskan bahawa dia tidak pernah menipu tentang umurnya.
Pihak FA Itali kemudian melakukan siasatan ke atas dakwaan itu. Ini kerana ia boleh menjadi satu kesalahan yang besar.
Hasil daripada siasatan selepas menghubungi pihak kerajaan di Cameroon, FA Itali mengesahkan bahawa pemain yang bernama Joseph Minala itu sah 17 tahun pada ketika itu.
Malah FA Itali turut dikatakan telah melakukan ujian perubatan khas untuk Joseph Minala yang dikatakan sudah berusia lebih 4 dekad pada ketika itu.
Selepas kontroversi umur, Lazio memutuskan untuk tidak melanjutkan khidmat Minala.