Portsmouth Tamatkan Kontrak 3 Pemain Muda Kerana Komen Rasis Ke Atas Saka, Rashford Dan Sancho

Portsmouth telah memutuskan untuk menamatkan kontrak tiga pemain akademi yang menghantar pesanan rasis mengenai Marcus Rashford, Bukayo Saka dan Jadon Sancho setelah England gagal memenangi Euro 2020.

Bintang Manchester United Rashford dan Sancho dan pemain sayap Arsenal Saka adalah pemain yang gagal menyempurnakan penalti ketika aksi Itali vs England pada final Euro 2020.

Mereka bertiga segera menjadi sasaran serangan perkauman di media sosial. Ramai yang menghantar emoji monyet dan kata kata kesat berbaur rasis kepada pemain pemain tersebut.

Malah ada yang menghalau Saka balik ke Nigeria. Terlalu banyak sekali serangan perkauman di media sosial yang mereka terima.

Ini termasuk tiga pemain remaja Portsmouth yang turut menggunakan kata kata rasis ke atas pemain tersebut.

Portsmouth yang kini berada di divisyen ketiga Inggeris menganggap kelakuan itu tidak boleh diterima dan bercanggah sama sekali dengan prinsip kelab mereka.

Kata kata rasis itu telah dibongkar oleh salah seorang rakan pemain yang kecewa dengan kelakuan tiga pemain itu. Mereka memberikan komen rasis di dalam group sembang mereka.

Portsmouth melancarkan siasatan pada awal Julai ke atas tiga pemain akademi mereka yang menghantar mesej berbaur perkauman mengenai trio England itu.

Dipetik dari Metro, dalam siasatan salah seorang pemain yang didakwa menulis ‘Rashford akan dibunuh lepas ni’, dan pemain lain menjawab ‘Semua pemain hitam yang gagal [untuk menjaringkan gol]’.

Sementara itu satu lagi mesej mengandungi perkataan yang dianggap sangat teruk: “F*** the n*****s absolute c****s.”

Ada juga yang menyatakan bahawa mereka menunggu rumah ketiga tiga pemain tersebut akan dibom.

Ada juga yang menggunakan emoji monyet mempersendakan pemain pemain tersebut secara rasis.

Atas kejadian itu, Portsmouth mengesahkan pemecatan ketiga tiga pemain tersebut.

“Portsmouth mengesahkan bahawa siasatan dan proses tatatertib terhadap mesej diskriminasi yang berasal dari sembang kumpulan peribadi akademi U-18 kini telah selesai,” kata kelab itu.

“Kami dapat mengesahkan keputusan telah dibuat hari ini untuk melepaskan tiga pemain dari akademi. Pemain-pemain ini berhak untuk mengajukan rayuan di atas keputusan kelab,” tambah Portsmouth.

Seterusnya, Portsmouth menegaskan bahawa mereka ‘berkomitmen penuh untuk membantu usaha menghapuskan segala bentuk diskriminasi’.

“Kami adalah sebahagian dari komuniti yang terdiri daripada kepelbagaian dan berdedikasi untuk mempromosikan kesamarataan setiap saat, baik di dalam kelab bola sepak dan di dakam masyarakat kami yang lebih luas,” kata Portsmouth.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan