Portugal 3 Ghana 2: Ronaldo Manusia Pertama Skor 5 Edisi Piala Dunia, Bukari Bersiuuu Depannya

Portugal hampir mendapat gol pada minit ke-10 selepas kesilapan Mohammed Kudus menyaksikan Ghana terus diserang. Namun percubaan Ronaldo gagal membuahkan hasil.

Ronaldo sekali lagi memiliki peluang menerusi tandukan tetapi tak tepat.

Pada minit ke-31, Ronaldo menemui jaring untuk Portugal, tetapi gol dibatalkan kerana berlaku kekasaran.

Pada minit ke-38, Ghana memiliki beberapa peluang menerusi sepakan penjuru. Namun skuad Portugal berjaya bertahan sebaiknya.

Separuh masa pertama berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Pada separuh masa kedua, perlawanan menjadi lebih hidup dan lebih menghiburkan.

Selepas sejam aksi, Ronaldo akhirnya meletakkan Portugal di hadapan menerusi sepakan penalti pada minit ke-65.

Penalti diberikan selepas Ronaldo dijatuhkan oleh Salisu.

Ronaldo kini menjadin pemain pertama menjaringkan gol dalam 5 edisi Piala Dunia berbeza.

Dia turut menjadi pemain ketiga untuk menjadi pemain termuda dan tertua menjaringkan gol untuk negaranya dalam Piala Dunia selepas Ivica Olic (Croatia) dan Michael Laudrup [Denmark].

Pada minit ke-73, Mohammed Kudus merencana gerakan bahaya. Dan ianya disudahkan oleh Andre Ayew dari jarak dekat.

Namun Portugal berjaya menambah 2 lagi gol untuk menjadikan kedudukan 3-1, menerusi Joao Felix dan juga Rafael Leao.

Bruno Fernandes memainkan peranan penting dalam kedua dua gol tersebut.

Pada minit ke-89, Osman Bukari menjaringkan gol kedua Ghana untuk memastikan perjuangan mereka dalam perlawanan ini hidup kembali.

Dia meraikan gol dengan gaya SIUUUU di hadapan Cristiano Ronaldo.

Ghana memiliki beberapa peluang gol pada masa kecederaan. Ini termasuk ketika penjaga gol Portugal terleka dan bola dirampas daripada kakinya. Mujur pertahanan mereka berjaya mematikan ancaman itu serta merta.

Tamat perlawanan, Portugal 3 Ghana 2. Permulaan sempurna untuk Portugal.

Baca yang lain