Portugal 6 Switzerland 1: Ronaldo Di Bangku Simpanan Saksikan Ramos Cetak Hatrik

Goncalo Ramos menikmati penampilan sulung cemerlang Piala Dunia apabila dia menjaringkan hatrik yang menakjubkan dan assist da;a,kemenangan besar Portugal ke atas Switzerland.

Ramos, yang menggantikan Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama, membintangi ketika Portugal menewaskan Switzerland 6-1 di Stadium Lusail untuk menempah tempat ke pusingan seterusnya kejohanan itu.

Pemain berusia 37 tahun, Ronaldo disisihkan ke bangku simpanan selepas Fernando Santos sendiri mengakui dia mungkin mempertimbangkan untuk menyisihkan Ronaldo daripada kesebelasan utama selepas reaksi ‘tidak sporting’ beliau ketika dikeluarkan dalam aksi menentang Korea Selatan sebelum ini.

Di atas padang, Santos memberikan peluang kepada debutant Piala Dunia, Goncalo Ramos untuk mengepalai jentera serangan Selecao Das Quinas.

Dianggap salah satu keputusan agak mengejutkan dan tegas diambil oleh Santos. Tetapi ternyata ianya memberikan pulangan lumayan.

Penyerang Benfica itu membuka jaringan pada minit ke-17 selepas melakukan rembatan kencang ke belakang gawang, menyebabkan Yann Sommer tiada peluang.

Dia menjaringkan gol keduanya pada aksi tersebut sejurus selepas rehat, menjaringkan gol dari jarak dekat.

Pemain berusia 21 tahun itu kemudian menyempurnakan hatriknya pada minit ke-67 apabila dia berlari masuk ke dalam kotak penalti dan mememperdayakan Sommer.

Gol tersebut memastikan Romos kini menjadi penjaring termuda mencetak hatrik dalam aksi kalah mati Piala Dunia, sejak Pele pada 1958.

Ini juga merupakan hatrik pertama dalam aksi Piala Dunia sejak Miroslav Klose melakukannya pda 2002.

Ramos benar benar membalas kepercayaan Santos dengan hatrik tersebut. Dia menjaringkan gol dalam aksi kalah mati Piala Dunia, perkara yang masih belum dilakukan Cristiano Ronaldo.

3 lagi gol Pertugal adalah menerusi Pepe, Rafael Leao dan Raphael Guereiro.

Ramos mempunyai tiga gol kalah mati Piala Dunia atas namanya, tidak seperti Ronaldo yang tidak pernah menjaringkan gol dalam perlawanan kalah mati di Piala Dunia.

Cristiano Ronaldo masuk pada minit ke-73. Dia memiliki beberapa peluang keemasan namun gagal menyempurnakannya.

Switzerland mendapat 1 gol saguhati menerusi Manuel Akanji. Portugal akhirnya menang 6-1 dalam aksi yang benar benar mengagumkan itu.

Skuad bimbingan Fernando Santos itu akan berdepan dengan Maghribi dalam aksi suku akhir Piala Dunia 2022.

Portugal meneruskan misi memburu Piala Dunia pertama dalam sejarah negara mereka.

Namun apa yang pasti, Fernando Santos pasti akan pening dengan pemilihan pemainnya dalam aksi akan datang. Ini selepas Ramos menunjukkan aksi cemerlangnya.

Saksikan highlight perlawananan Portugal vs Switzerland di sini:

Baca yang lain