Portugal Kandas Di Suku Akhir, Ronaldo Ucap Selamat Tinggal Kepada Euro Terakhirnya

Cristiano Ronaldo menamatkan karier Euronya dengan kekalahan di tangan Perancis pada aksi suku akhir edisi 2024.

Ronaldo sebelum ini menyatakan bahawa Euro 2024 sudah pasti menjadi euro terakhirnya selepas dia terlibat dalam 6 edisi.

Selepas tamat perlawanan, Ronaldo dan Pepe berpelukan. Pepe menangis kerana dia juga hampir pasti tidak akan lagi beraksi dalam kancah Euro.

Dengan Piala Dunia masih 2 tahun lagi untuk berlangsung, Ronaldo dan Pepe mungkin tidak beraksi dalam pertandingan itu nanti. Tetapi Ronaldo sebelum ini optimis dia akan masih dapat beraksi dalam Piala Dunia 2026.

Ronaldo pernah memenangi Euro bersama Portugal untuk edisi 2016. Ketika itu Portugal mengalahkan Perancis di final.

Kali ini Portugal gagal untuk mara lebih jauh selepas kemaraan dramatik mereka melepasi cabaran Slovenia sebelum ini.

Berhadapan dengan Perancis, skuad Portugal gagal untuk mencetak sebarang gol walaupun tampil dominan dan memiliki beberapa peluang keemasan di hadapan gol.

Perancis lebih defensif dalam perlawanan ini namun mereka tetap memiliki jumlah percubaan yang sangat banyak seperti Portugal.

Ayam tambatan Perancis,. Kylian Mbappe gagal mencetak gol dan dikeluarkan lebih awal kerana kesakitan pada hidungnya.

Sementara CR7 dan Pepe bermain 120 minit. Ronaldo turut terlibat dalam sepakan penalti untuk penentuan penalti.

Penentuan penalti digunakan untuk mencari pemenang setelah kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan untuk 120 minit.

Kegagalan Joao Felix menjaringkan penaltinya ketika dia ditugaskan sebagai pelaksana ketiga membawa padah. Selepas Perancis melakukan penalti sempurna, 5 per 5.

Diogo Costa yang sebelum ini menyelamatkan 3 penalti telah gagal mengulangi prestasi cemerlang dalam penentuan penalti.

Perancis akan meneruskan kemaraan ke separuh akhir. Mereka akan menentang Sepanyol di separuh akhir setelah La Roja menang ke atas Jerman pada satu lagi aksi suku akhir.

Kedua dua pasukan akan berentap pada 10 Julai akan datang.