Papu Gomez sah digantung 2 tahun kerana positif ujian doping. Pemain itu yang kini beraksi untuk Monza berdepan risiko penamatan kontrak daripada kelab tersebut.
Sebelum ini Gomez ditamatkan kontrak oleh Sevilla atas persetujuan bersama. Kerana Sevilla pada masa itu mahu memudahkan urusan perpindahan Papu Gomez ke kelab lebih kecil.
🚨 BREAKING: World Cup winner Papu Gómez has been banned for doping — reports @relevo.
🇦🇷 Two year ban for the Argentine who recently signed with Italian side Monza as free agent after contract terminated at Sevilla. pic.twitter.com/XKNsgGhXlY
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 20, 2023
Papu Gomez didapati positif barang terlarang menerusi ujian yang dibuat pada Oktober 2022 ketika bermain untuk Sevilla. Sebelum dia menyertai skuad antarabangsa Argentina di Piala Dunia 2022 tidak lama selepas itu.
Monza dalam kenyataan rasminya berkata: “AC Monza mengumumkan pada hari ini, 20 Oktober 2023, FIFA telah menghantar notis kepada Suruhanjaya Agensi Anti Doping Sepanyol berkaitan dengan keputusan hasil ujian terdahulu daripada Agensi Anti Doping Sepanyol ke atas pemain Alejandro Dario Gomez.”
Dalam hasil sampel ujian dilakukan kepada pemain itu terdapat unsur terbutaline, dadah yang digunakan untuk merdeakan masalah bronchospasm. Terbutaline adalah ubatan yang dilarang di sisi Kod Anti Doping Dunia.
Pemain itu bermain dua kali untuk Argentina ketika skuad yang diketuai Lionel Messi itu menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar.
Papu Gomez berada di bangku simpanan ketika Sevilla memenangi final Europa League musim lalu.
Bagaimana dengan impak kepada Argentina dan Sevilla?
Wartawan Relevo mendedahkan, setakat ini trofi Piala Dunia Argentina dan trofi UEL Sevilla tidak terancam. Kerana peraturan FIFA menyebut bahawa harus ada sekurang kurangnya 2 pemain yang didapati positif barang terlarang untuk melayakkan sesebuah pasukan itu dilucutkan kejuaraan.
Ini tidak bermakna kedua dua pasukan benar benar selamat. Kerana mungkin esok lusa ada keputusan doping lain yang tidak memihak kepada mereka. Apa yang pasti peminat Argentina dan Leo Messi berharap perkara itu tidak berlaku.