Post Haaland Yang Buat Pemain PSG Kepanasan Rupanya FAKE

Dalam aksi Liga Juara Juara Eropah di antara Paris St Germain vs Borussia Dortmund, para pemain PSG telah menganjing keraian Erling Haaland.

Para pemain PSG berbuat demikian selepas marah dengan post Haaland di Snapchat sebelum perlawanan.

Segalanya bermula dengan Neymar yang meraikan golnya dengan gaya ikonik Erling Halaand.

Neymar menunjukkan jarinya sedang meniru jari Haaland di hadapan kamera.

Dan kemudian penganjingan itu diulangi oleh Mbappe dan rakan rakannya di dalam bilik persalinan.

Neymar dan rakan-rakannya troll keraian pemain remaja berusia 19 tahun, Erling Haaland yang duduk seperti bersila seperti seorang yang sedang bermeditasi.

Haaland memang dikenali dengan keraian tersebut. Beliau meraikan dua gol beliau sebelum ini di dalam aksi first leg dengan gaya yoga tersebut ketika mewaskan PSG di Signal Iduna Park.

Neymar memberikan penjelasan

Selepas tamat perlawanan kesemua pemain PSG berkumpul di dalam padang dan kemudian mengajuk gaya Erling Haaland.

Troll oleh PSG ke atas Haaland itu tidak terhenti di situ sahaja. Malah para pemain PSG menganjing lagi di dalam bilik persalinan dan memuat naik video mereka tergelak beramai ramai di media sosial.

https://twitter.com/i/status/1237866442399203330

Gary Lineker menganggap tindakan pemain PSG itu sebagai tak ada class, menjadi emosi hanya kerana seorang remaja berusia 19 tahun.

Neymar kemudian menjelaskan kenapa mereka berbuat demikian.

Ianya gara gara komen Haaland yang menyatakan bahawa ‘Paris adalah kota milik saya’ – dalam kiriman Haaland menerusi Snapchat.

Neymar kemudian memberikan respon selepas tamat perlawanan semalam dengan berkata: ‘Kota kamu di Norway bro, pergi balik. Ini kota saya, bukan kamu’.”

Neymar jelas sekali tidak berpuas hati dengan pengklaiman pemain Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu.

Post tersebut adalah FAKE

Namun sebenarnya post snapchat Haaland yang tular teruk sampai ke pengetahuan bintang dunia di PSG itu adalah FAKE.

Post itu dibuat oleh peminat dan bukannya Haaland. Jadi, secara langsungnya, para pemain PSG baru sahaja kepanasan dan menganjing kiriman fake yang disunting oleh orang lain.

Perkara itu disahkan oleh Daily Mail. Haaland tidak pernah memuat naik status ini di Snapchat beliau.

Mesti dia pelik tetiba kena tag dengan Neymar.

Yang menjadi mangsa adalah Haaland yang terang terang kena tembak dengan Neymar menerusi IG-nya.

Malah, Givemesport mengesahkan Erling Haaland sebenarnya tak ada Snapchat.

Haaland langsung tak tahu menahu tentang post tersebut. Beliau hanya fokus kepada kerjanya di atas padang.

Di kala pemain lain menganjing Erling Haaland dengan mengajuk keraian pemain berusia 19 tahun itu, Edinson  Cavani pula dilaporkan tidak berminat dengannya.

Malah bintang Uruguay itu mengelakkan dirinya daripada menyertai troll oleh pemain pemain PSG ke atas Haaland.

Menurut laporan Ovacion, bekas pemain Napoli itu mempersoalkan tindakan Neymar dan para pemain lain yang meganjing Haaland. Dan Cavani menolak untuk menyertai mereka merakamkan aksi yoga itu di bilik persalinan.

Sejak menyertai Dortmund, Erling Haaland menjadi peledak utama di hadapan gol.

PSG meneruskan kemaraan mereka ke suku akhir UCL selepas menang 2-0 di Paris ke atas Borussia Dortmund dalam stadium kosong  kerana kerisauan tentang wabak Covid-19 ataupun koronavirus yang sedang menular ketika ini.

PSG mara dengan kelebihan agregat 4-2.

PSG dalam misi menamatkan penantian kejuaraan Liga Juara Juara Eropah. Ini selepas banyak kali mereka mencuba tetapi gagal.

PSG memiliki pasukan yang serba bintang dengan kemampuan mereka membeli pemain bintang yang berharga ratusan juta euro.

Baca yang lain