Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou tidak bersimpati dengan krisis kecederaan pemain yang dihadapi rakan sejawatannya di Manchester United, Ruben Amorim, sebaliknya menegaskan bahawa masalah kecergasan kelabnya sendiri pun berlarutan selama dua bulan lamanya.
Postecoglou gembira selepas menyaksikan pasukannya Spurs memperoleh kemenangan 1-0 di tempat sendiri menentang United pada petang Ahad.
Sepanjang tempoh tiga setengah bulan, Tottenham dilanda senarai kecederaan yang tidak berhenti-henti. Masalah kecergasan itu akhirnya mula reda.
Pada Ahad, dua pemain mereka yang kembali – penjaring gol James Maddison dan penjaga gol Guglielmo Vicario – adalah antara pemain terbaik mereka dalam perlawanan itu.
Manchester United berada pada permulaan krisis kecederaan mereka sendiri. Amorim terpaksa menamakan lapan pemain gantian dari kalanggan pemain remaja dengan rekod sepuluh minit pengalaman Liga Perdana Inggeris secara terkumpul untuk perjalanan ke Spurs, selepas sepuluh pemain pasukan utama diketepikan kerana masalah kecederaan.
Apabila Postecoglou ditanya sama ada dia boleh bersimpati dengan United yang bergelut dengan masalah kecederaan, memandangkan apa yang Tottenham baru-baru ini, dia tidak memberikan nada belas kasihan.
“Jika saya menyemak pejabat saya, saya tidak mempunyai sebarang kad simpati daripada pengurus lain, jadi perkara itu tidak berlaku,” sindir bos Spurs itu.
“Saya dapat melihat Ruben di sana, pemain tidak berada dalam posisi utama mereka, melihat budak budak di bangku simpanan. Nah, selamat datang ke dunia saya.
“Tetapi itu untuk satu perlawanan. Sekarang lakukan itu selama dua bulan. Lakukan itu selama dua bulan,” ulangnya dengan penekanan tambahan.
“Mana-mana kelab. Lakukan itu selama dua bulan. Saya fikir Man Utd bagus hari ini, memandangkan semua itu, dan kami mempunyai hari-hari kami tersendiri, dan kami menewaskan Liverpool dalam tempoh tersebut. Maka lakukan itu selama dua bulan.”
Ange Postecoglou won't be sending Ruben Amorim a sympathy card anytime soon ✉️❌ pic.twitter.com/rMVXighup9
— ESPN UK (@ESPNUK) February 17, 2025
Amorim terlalu sibuk dengan isu-isunya sendiri sehingga dia tidak ada masa unntuk ambil pusing tentang Postecoglou.
“Saya mempunyai banyak masalah,” bos United itu mengeluh kepada Sky Sports. “Tugas saya sangat sukar tetapi saya di sini untuk meneruskan tugas saya ke minggu depan dengan kepercayaan saya dan saya akan cuba untuk menang lagi.”
Kekalahan kepada Spurs menyebabkan United terperosok di tempat ke-15. Pasukan Amorim telah tewas lapan daripada 12 perlawanan terakhir mereka, hanya lebih baik daripada dua pasukan terbawah liga (Leicester dan Southampton) dalam tempoh yang sama.