Spurs terus merudum dalam 3 perlawanan terakhir ini. Mereka yang sebelum itu tak kalah dalam EPL telah mengalami 3 kekalahan berturut turut. Membuatkan mereka jatuh sehingga terkeluar daripada senarai 4 teratas.
Namun Ange Postecoglou tetap gembira dengan prestasi ditunjukkan pasukannya ketika menentang Aston Villa yang menurutnya telah menunjukkan cara sebenar bola sepak yang mereka mahukan.
Ange Postecoglou sebelum perlawanan menyindiri segelintir pengurus yang tidak berani melaksanakan taktikal menyerang hanya kerana tak cukup pemain. Dia berkata:
“Kerapkali dengar ada beberapa pengurus tak dapat melaksanakan taktikal yang mereka mahukan sebab tak cukup pemain. Just do it mate!” Kata beliau.
Ange Postecoglou: 🗣️ "The amount of times I hear managers saying: 'I would like to play this way but I don't have the players'
"I just think: 'Just do it mate…'" pic.twitter.com/BMlaLUaSqW— Mail Sport (@MailSport) November 24, 2023
Dia turut mengulas tentang Spurs yang akan sentiasa bermain dengan 1 falsafah bola sepak sahaja kerana dia percaya pada 1 agama sahaja dalam hidupnya, falsafah yang sama dalam bola sepaknya.
“Saya manusia percaya dengan 1 agama, dalam bola sepak saya percaya dengan bola sepak menyerang sahaja. Jika saya ke perpustakaan saya akan tersekat di seksyen bola sepak menyerang untuk masa yang lama.”
Sebelum ini ketika menentang Chelsea, pasukannya bermain dengan high line dengan 9 pemain lawan 11. Dan mereka kalah 4-1. Namun Ange mempertahankan tindakan mereka yang tidak akan mengubah cara mereka bermain: “Selagi lagi saya ada di sini, itulah cara kami bermain, walaupun bermain dengan 5 orang sahaja pemain sekalipun.”
Dalam aksi berdepan Villa mereka kalah 1-2 di tangan skuad Unai Emery. Walaupun Spurs awalnya mendahului menerusi Giovani Lo Celso.
Tetapi Villa bangkit dengan dua gol. Sambil Ange menyatakan keputusan di atas padang tidak menggambarkan siapa pasukan yang bermain lebih baik dan siapa yang lebih berhak menang.
Spurs melakukan 18 percubaan ke gawang Villa. Namun skuad Unai Emery membalasnya dengan 15 percubaan. Satu angka yang sangat tinggi daripada kedua dua pasukan.
Postecoglou berkata: “Ia hanyalah situasi yang kita hadapi pada masa ini [gagal mendapatkan kemenangan walaupun sudah bermain cantik], tetapi kita akan melaluinya.”
“Ia mungkin mengambil sedikit masa, tetapi kami akan melaluinya dan selagi kami menunjukkan niat yang sama dan bermain bola sepak yang kami lakukan hari ini, saya tidak ragu-ragu apabila kami keluar daripada situasi ini, kami akan menjadi pasukan bola sepak yang sangat bagus.”
Dia menyatakan bahawa Spurs bermain dengan 4 wingback di bahagian pertahanan kerana masalah kecederaan pemain yang melanda.
“Kami mempunyai empat bek sayap di atas padang jadi kami tidak benar-benar mempunyai ketinggian [secara fizikal], yang kami tahu akan menjadi isu untuk kami hari ini tetapi anda mengambil risiko yang dalam perkiraan [cacluated risk].”
“Sebaliknya hakikatnya bola sepak kami adalah cemerlang hari ini.”
“Maksud saya kami harus menjaringkan beberapa gol lagi hari ini, dan ia menjadi gambaran kepada cara kami mahu bermain bola sepak. Bagi saya, ada banyak benda positif yang mengatasi perkara negatif iaitu keputusan perlawanan.”
“Kami hanya perlu memastikan pemain kekal fokus pada perkara yang penting sekarang dan kamu perlu memenangi perlawanan bola sepak untuk memastikan diri kamu berada dalam kedudukan yang kukuh pada penghujung musim ini, tetapi sekarang kami masih pasukan dalam pembikinan semula.”
“Apa yang lebih penting ialah jalan ke hadapan haruslah dengan matlamat akhir dalam fikiran dan hari ini adalah tentang cuba bermain bola sepak yang kita mahu mainkan.”
🚨Ange Postecoglou:
🗣️"We created enough chances to win the game.”
🗣️”We started the game so well and I'm so disappointed for Rodrigo [Bentancur].”
🗣️I didn't think it was a great tackle on him."
📺[@beINSPORTS_EN]#THFC | #COYS | #TOTTENHAMpic.twitter.com/NmOsaxkFJq
— Last Word On Spurs (@LastWordOnSpurs) November 26, 2023
“Jika kami gagal, kami gagal tetapi saya tidak fikir kami adalah gagal hari ini. Saya fikir ia hanya margin sangat sedikit untuk kami dan tidak mendapat ganjaran hari ini.”
Isu kecederaan Tottenham pula semakin meningkat. Kali ini melibatkan Rodrigo Bentancur, yang kembali memulakan perlawanan sejak Februari – berikutan kecederaan lutut yang serius.
Namun aksinya tidak lama selepas dia menerima terjahan buruk pada separuh masa pertama oleh Matty Cash.
“Ia adalah buku lalinya, saya fikir,” tegas Postecoglou. “Ia bukan terjahan yang bagus. Saya fikir dia memulakan permainan dengan baik dan saya fikir ia adalah sebab kami mendapat kedudukan yang baik dalam permainan.”
“Dia seorang pemain yang kreatif. Ia adalah perkara terakhir yang kita perlukan. Satu lagi kecederaan, jadi saya sangat kecewa kehilangannya, tetapi kami masih belum melihat tahapnya.”