Potter Anggap Skuad Terlalu Besar Dan Sarat Bintang Punca Prestasi Chelsea Hambar

Pengurus Chelsea, Graham Potter kini menyatakan bahawa, squad Chelsea yang terlalu besar antara punca prestasi kelab itu tidak bagus ketika ini.

Ianya memberikan kesan negatif kerana jurulatih sukar menumpukan perhatian kepada saiz skuad yang besar itu.

Chelsea kini sudah ada 31 pemain dalam skuad utama selepas membuat 6 penambahan pada bulan lepas.

Potter dikatakan sukar mengendalikan sesi latihan dengan jumlah pemain terlalu besar dan bintang terlalu ramai.

Ramai peminat pelik dengan kenyataan tersebut, kerana, bukankah Potter sendiri yang mahukan pemain pemain baharu tersebut? Atau semua pemain itu kehendak pemilik?

Sebelum ini Potter melakukan latihan 11 v 11 di kelab lamanya dengan lancar. Tetapi di Chelsea situasi itu berbeza.

Dia malah terpaksa menukar pendekatan dan jadual latihannya untuk disesuaikan dengan saiz skuad Chelsea ini.

Selain itu, tidak semua pemain dapat terlibat dalam sesi latihan utama ataupun core training.

Kesannya, ia memberikan impak kepada prestasi pemain di atas pemain.

Chelsea kini cuma menang 2 perlawanan daripada 15 perlawanan terakhir. Dan hanya menang sekali daripada 12 perlawanan tahun ini.

Potter dilaporkan bergelut untuk mengendalikan sesi latihan di Chelsea. Dan dia pada masa yang sama perlu mengendalikan tekanan yang kuat ke atasnya setiap kali hari perlawanan.

Chelsea menandatangani 8 pemain Januari lalu. 2 pemain mereka terus dipinjamkan semula ke kelab mereka dibeli iaitu Andrey Santos dan Malo Gusto.

Chelsea cuba menjual beberapa pemain pada Januari. Namun hanya Jorginho yang berjaya dijual ke Arsenal.

Pierre Emerick Aubameyang terikat dengan peraturan tidak boleh mewakili kelab lain kerana sudah 2 kali berpindah dalam jendela perpindahan kali ini.

Satu satunya cara untuk Auba berpindah adalah menyertai semula Barcelona. Namun kelab itu berdepan masalah kewangan untuk mendaftarkan dia. Selain itu, Chelsea meminta €12 juta untuk Auba.

Barcelona pula hanya boleh mempertimbangkan Aubameyang jika dia dilepaskan secara percuma.

Jadi, salah satu misi Potter pada jendela perpindahan akan datang adalah mengeluarkan sebeberapa banyak pemain yang dia rasa tidak sesuai dengan taktikalnya.

Chelsea sebenarnya sudah menyatakan bahawa mereka sedia terlibat aktif sekali lagi pada jendela perpindahan akan datang tanda sokongan tidak berbelah bagi kepada Potter.