Chelsea dilaporkan masih membayar gaji Graham Potter sekitar £200,000 seminggu atau pun RM1.2 juta seminggu sehingga Oktober ini. Selagi lagi pengurus itu tidak menerima kontrak daripada pasukan lain.
Potter sebelum ini dipecat oleh Chelsea yang tidak berpuas hati dengan prestasinya walaupun dia sudah memiliki ramai pemain yang mahal.
Graham Potter memiliki reputasi luar biasa ketika bersama Brighton. Namun di Chelsea dia kerap menerima kritikan dan dianggap tidak cukup bagus untuk mengendalikan kelab yang sebesar Chelsea.
Ditambah dengan reputasi Chelsea yang menjuarai UCL di bawah Thomas Tuchel sebelum itu.
Walaupun dipecat, Graham Potter masih menikmati gaji bulanan yang dibayar oleh Chelsea masuk ke dalam akaunnya.
Graham Potter secara teknikalnya masih lagi ada kontrak dengan Chelsea. Dan pengurus itu kini dikaitkan dengan jawatan di England.
Jika England mendapatkan Potter, maka Chelsea akan mendapat pampasan sekitar £1 juta daripada perjanjian tersebut. Kecuali Chelsea dan England mencapai kesepakatan bersama untuk tanpa pampasan.
Potter dilantik pada September 2022 oleh Chelsea, menggantikan Thomas Tuchel. Chelsea ketika itu membayar pampasan sebanyak £21 juta kepada Brighton untuk mendapatkan khidmat Potter dan staf kejurulatihannya.
Potter diberikan kontrak 5 tahun oleh Todd Boehly. Tetapi dia dipecat pada April lalu setelah hanya 7 bulan mengendalikan pasukan Chelsea.
Daily Mail melaporkan bahawa kelab London Barat itu masih terikat dengan obligasi membayar gaji Potter sebanyak £200,000 seminggu.
Potter menjadi nama hangat dikaitkan sebagai pengganti Southgate. Selain Potter dua lagi nama bekas pengurus Chelsea, iaitu Thomas Tuchel dan Mauricio Pochettino juga berada dalam radar England.
🚨 Chelsea are still paying Graham Potter’s salary of around £200,000 a week until October, even though he was sacked more than a year ago.
(Source: @MikeKeegan_DM) pic.twitter.com/HEhEKhXGW5
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 18, 2024
Ada ramai lagi senarai untuk menggantikan Southgate yang melepaskan jawatannya selepas kalah final Euro 2024 di tangan Sepanyol.