Potter Pening Nak Pilih Hanya 3 Sahaja Pemain Baharu Untuk Sertai Kalah Mati UCL

Chelsea dengan dramatik mendapatkan 6 pemain  baharu dalam jendela perpindahan Januari.

Namun kini Graham Potter hanya dibenarkan mendaftarkan 3 sahaja pemain baharu ke dalam Liga Juara Juara Eropah.

Chelsea akan beraksi dalam pusingan kalah mati pertandingan tersebut.

Chelsea sebenarnya membeli 8 pemain baharu dalam jendela perpindahan Januari 2023. Dan 6 daripadanya didaftarkan ke dalam pasukan. Dengan 2 lagi pemain iaitu Malo Gusto kekal di Lyon sebagai pemain pinjaman serta Andrey Santos masih menunggu permit kerjanya.

Chelsea akan berdepan dengan Borussia Dortmund untuk aksi 16 akhir. Dengan perlawanan pertama dijadualkan pada 15 Februari akan datang.

Graham Potter dilaporkan tersepit di persimpangan dilema

2 pemain yang dilihat sah akan didaftarkan pastinya Enzo Fernandez dan juga Mykhailo Mudryk. Dua pemain yang dibeli dengan harga sangat mahal oleh Chelsea.

Fernandez malah menjadi rekod perpindahan Liga Inggeris dengan £105 juta dibeli pada hari terakhir jendela perpindahan.

Bayangkanlah kalau Chelsea tidak mendaftarkan pemain itu? Pastinya dia akan benar benar kecewa.

Chelsea sudah melepaskan Jorginho ke Arsenal. Namun mereka masih ada banyak pemain di bahagian tengah.

Ruben Loftus-Cheek, Conor Gallagher, Mason Mount dan Mateo Kovacic antara nama yang berpotensi kena pangkah untuk memberikan peluang kepada Enzo Fernandez.

Seterusnya Mudryk yang memiliki rekod cemerlang di UCL. Dibeli dengan nilai £88 juta. Dia adalah bintang masa depan kelab.

Tiada jaminan untuk pemain yang dipinjam dari Atletico iaitu Joao Felix. Mengambil kira statusnya sebagai ‘bukan harta mutlak’ kelab.

Potter pastinya mahu mengutamakan pemain yang merupakan pemain kelab sepenuhnya.

Namun ini pasti akan membuatkan Felix benar benar kecewa jika namanya tidak disertakan.

Jika Chelsea mendaftarkan Felix, merek sudah memiliki ramai pemain penyerang termasuk Mudryk (yang dijangka akan didaftarkan), Raheem Sterling, Pierre-Emerick Aubameyang and Kai Havertz.

Seterusnya, Felix mungkin akan kehilangan tempat kerana Chelsea mungkin akan mendaftarkan Badiashile yang kelihatan serasi dengan Thiago Silva.

Pemain berusia 21 tahun itu sudah bermain dalam 2 aksi EPL dan berjaya memastikan Chelsea tidak bolos.

Dia dilihat benar benar bagus dan kental.

Jika Potter mendaftarkan Badiashile, mereka akan memiliki pilihan yang sangat besar di pertahanan.

Beberapa nama lagi yang masih berharap mereka akan dipilih ke dalam skuad UCL ialah Noni Madueke yang dibeli dengan harga £29 juta dari PSV.

Seterusnya David Datro Fofana yang masih belum membuat sebarang debut untuk Chelsea. Dia kemungkinan antara nama yang dianggap paling tidak popular dari kalangan 6 calon.

Kaveh Solhekol dari Sky Sports berpendapata: “Cuma 3 daripada 6 pemain yang boleh mereka daftarkan. Kamu pasti berfikir bahawa Noni Madueke dan David Datro Fofana akan disisihkan kali ini kerana masih terlalu muda.”

“Jadi kini kamu kena pilih 3 daripada 4 pemain termasuk pemain yang ditandatangani dengan harga mahal iiatu Enzo Fernandez dan Mykhailo Mudryk. Kemudian Joao Felix dan Benoit Badiashile.”

“Enzo harus berada berada dalam skuad setelah dibeli £105 juta. Begitu juga Mudryk juga harus berada dalam skuad UCL selepas dibeli dengan nilai £88 juta.”

“Jadi persoalannya kini, siapa akan kamu daftarkan sebagai pemain ketiga, sama ada Joao Felix atau Benoit Badiashile? Siapa yang akan terlepas tempat?

“Joao Felix adalah pemain yang hebat namun dia adalah pemain yang dipinjamkan. Tetapi dia pasti akan bengang kalau namanya disisihkan. Benoit Badiashile, pemain yang memberikan impak besar di pertahanan mereka setakat ini, adakah Chelsea sanggup mengharungi pusingan kalah mati UCL tanpa dia?”

Oleh kerana hanya dibenarkan mendaftarkan 3 pemain baharu sahaja, membuatkan PSG menuduh Chelsea sengaja main main dalam rundingan Ziyech. Yang menyaksikan rundingan itu gagal.

Ini kerana Ziyech memang sudah berada dalam skuad UCL mereka.