Patrice Evra membuktikan kenapa dia layak digelar pundit. Ketika Man United dicemuh penyokong sendiri ketika menuju ke bilik persalinan, di mana mereka diboo penyokong.
Patrice Evra pula memuji respon Man United ketika mereka ketinggalan 2-0 di tangan Aston Villa. Dia malah meramalkan jika United berterusa bermain dengan cara itu, dan fokus lebih kepada set piece / bola mati, dia tak terkejut kalau United menang 3-2 pada separuh masa kedua.
Ajaibnya, United benar benar bangkit dengan 3 gol. Dan gol kemenangan Man United tercetus menerusi bola mati. Di mana sepakan penjuru tersebut mewujudkan keadaan huru hara di hadapan gawang Villa dan Rasmus Hojlund dengan tenang merembat masuk.
Evra berkata: “Jika United bermain dengan cara yang sama dan lebih fokus kepada bola mati, saya tak terkejut jika mereka menang 3-2.”
Patrice Evra prediction at half time: “ If United play the same way, are more focused on set pieces, I won’t be surprised if they win 3-2.”
byu/OPchainsaw insoccer
Pada awalnya ramai tidak setuju dengan Patrice Evra. Kerana menurut mereka, United tidak akan ada peluang untuk bangkit terutama sekali Aston Villa pada landasan prestasi terbaik mereka pada masa ini.
Garnacho mencetak 2 gol pada awal separuh masa kedua. Dan kemudian Rasmus Hojlund menjadikan kedudukan 3-2 dan United menang.
Patrice Evra when United were 2-0 down at half-time:
“If they play the same way, and are more focused on set pieces, I won't be surprised if they win 3-2.”
— PurelyFootball ℗ (@PurelyFootball) December 26, 2023
Ini adalah kemenangan pertama United selepas 4 perlawanan tanpa kemenangan. Gol pertama Garnacho juga menamatkan kemarau gol United selama 7 jam 20 minit di atas padang pada masa itu.
Hojlund akui benar benar gembira dan lega dengan gol tersebut.
“Ianya agak lama, namun saya sangat gembira. Saya manusia paling gembira ketika ini. Kami boleh tengok keraian kami ketika ini. Kami percaya sehingga ke wisel penamat.”
“Agak lama menunggu di EPL, Dan saya sangat gembira berjaya mencetak yang pertama. Harap saya akan dapat membina momentum dari sini.”
Rasmus Hojlund on scoring his first Premier League goal 🗨
"It’s been a while but I’m happy. I’m the happiest man alive right now. You can see the celebrations right now, we believe right until the end and we showed a lot of character. It’s been a while in the Premier League, so… pic.twitter.com/kYHaEaLy2O
— Premier League (@premierleague) December 26, 2023
Gol itu menamatkan rekod kemarau gol Hojlund dalam EPL setelah 15 penampilan. Dan ia juga gol keenam beliau setakat ini dalam semua pertandingan dengan 5 gol beliau sebelum ini semuanya di UCL.
Saksikan highlight perlawanan di sini: