YouTuber merujuk kepada pembikin konten video di YouTube. Dan mereka berlumba lumba membuat konten yang menarik dan sensasi.
Salah satu daripada konten yang seringkali menjadi pilihan adalah prank.
Segalanya demi meraih like, pelanggan saluran dan juga tontonan daripada umum. Namun ia tidak berakhir dengan baik untuk seorang YuoTube berusia 20 tahun bernama Timothy Wilks dan rakan-rakannya.
Apabila YouTuber berusia 20 tahun itu dilaporkan ditembak mati ketika melakukan aksi prank rompakan.
Timothy dan rakannya merancang melakukan aksi prank itu di dua tempat iaitu di luar Urban Air Trampoline dan Adventure Park di Nashville, Tennessee pada 5 Februari lalu.
Timothy dan rakannya itu membawa pisau pemotong daging yang besar. Dan mereka menghampiri sekumpulan manusia di luar bangunan. Melihatkan Timothy dan rakannya itu memegang pisau, salah seorang daripada individu yang mereka hampiri mengeluarkan senjata dan menembat mati Timothy.
Rakan Wilks memberitahu polis bahawa mereka bukan nak merompak sebaliknya cuma nak melakukan prank untuk YouTube. Namun seorang pemuda berusia 23 tahun, David Starnes Jr. menyatakan dia tidak tahu bahawa itu adalah aksi prank. Dan melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan mereka yang ada di situ.
Starnes juga menyatakan dia terkejut dihampiri 2 lelaki bersenjatakan pisau daging yang besar. Starnes mengakui menembak Wilks pada 9.25 malam.
Kejadian itu berlaku di Urban Air Park yang merupakan tempat riadah keluarga terutama sekali untuk kanak kanak.
Tiada pertuduhan jenayah membunuh dengan niat dikenakan ke atas Starnes setakat ini. Namun kes ini masih dalam siasatan.
Menurut perundangan tempatan di Tennessee, kawasan tersebut adalah kawasan yang diwartakan di mana orang awam bebas memiliki senjata api untuk mempertahankan diri.
Senjata boleh dibeli dengan mudah, tanpa perlu melalui proses dokumentasi dan surat kebenaran khas dari kerajaan.
Nampaknya Timothy Wilks dan rakan rakannya mungkin tidak sedar mereka sedang bermain api dengan kawasan yang berpotensi tinggi mereka akan ditembak.
Seorang peguam membincangkan perkara itu di WZTV – milik Fox. Dan menurut beliau “Saya pasti mereka yang terlibat dalam hal ini akan menjadikannya satu situasi prank. Namun dalam beberapa situasi, ada sesetengah prank itu memang sangat teruk.”
Selain itu, Unilad menyatakan, biasanya prank berbentuk rompakan ini, ‘mangsa prank’ sebenarnya sudah tahu. Dalam erti kata lain, ianya sekadar lakonan semata mata.
Timothy pula membuat prank yang berisiko mengundang malatapetaka ini dengan terlalu real.
Malah ada beberapa YouTubers yang konten mereka diancam untuk dipadam dan channel mereka dipadam oleh YouTube kerana prank rompakan ini menyatakan bahawa sebenarnya semua peralatan yang mereka gunakan termasuk pistol adalah palsu.
Youtube sebenarnya sudah mengharamkan prank yang berbentuk keganasan sejak dua tahun lalu. Terutama sekali prank yang membuatkan mangsa prank dalam keadaan emosi yang terlalu terkejut atau terganggu.
Banyak video prank rompakan yang cuma lakonan dan bukan lakonan ini telah dikeluarkan dan dipadam oleh YouTube.